Tak Pernah Dengar Pulak Najib “Manjakan” Anak Dgn Kontrak Kan?

Dulu pun kita (rakyat) tak begitu tahu syarikat minyak asal Filipina ni dimiliki sahamnya oleh polan bin polan. Ia adalah pemimpin Pakatan sendiri yang dedahkan serta jadikan isu besar dalam PRU13 yang lepas – siap promosi agar rakyat jangan guna jenama minyak itu sebab kaitannya dengan syarikat arak lagi.

Nak nafi pun tak boleh, banyak video boleh dirujuk.

Jadi saya tak begitu ambik port sangatlah bila isu itu meletup semula sekarang. Habis-habis nanti dia pusing, “cerita masa itu”, macam cerita minyak RM 1.50/liter hari tulah, senang-senang saja dia corner walaupun ramai dah terkena. Malaysia barulah kan kata?

Malaysia “lama” gamaknya pulak lain.

Ketika berkuasa, kita tak dengar pulak sesiapa di kalangan anak Perdana Menteri waktu itu, Datuk Seri Najib Tun Razak “dimanjakan” dengan apa-apa jenis kontrak. Yang kita tahu hari ini, (walaupun Najib tak pernah mengatakannya) ialah, rakyat waktu itu dimanjakan dengan bantuan  dari kerajaan seperti BR1M dan sebagainya.

Cerita anak-anak beliau (“dimanjakan” dengan kontrak)? Tarak.

Paling-paling cerita anak beliau dengan perniagaan ni yang kita tahu ialah cadang nak jual quinoa di Malaysia ini sajalah. Tapi itu takde kena mengena dengan apa-apa kontrak kan?  Mungkinlah ada sana sikit sini sikit tapi tak besarlah kot, kalau tidak pasti pasti ramai dah memekak tapi takde pulak.

Cakap pasal manja, BN dah kalah baru nak tahu bahawa ketika memerintah dulu Najib “memanjakan” rakyat. Walhal yang selalu kita dengar waktu itu Najib ini “menzalimkan rakyat”, sekarang baru tau rupanya itu memanjakan rakyat.

Yelah, zalim macam mana pulak, dulu GST kadar tetap 6% (barang keperluan 0%), sekarang ganti dengan SST antara 6%-10%.  Ini semua kuasa Allah swtlah, tak payah Najib sebut pun, orang lain yang tolong sebutkan.

sumber gambar – Internet

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker