The Equanimity: Bersangka Baik, Mungkin Ada 2 Kapal Nama Sama

Media Indonesia pada April melaporkan bahawa pihak berkuasa negara itu akan memulangkan kembali kapal The Equanimity yang ditahan di Bali kepada pemilik asalnya Equanimity (Cayman) Limited setelah syarikat itu menang dalam tuntutannya di sebuah Mahkamah Daerah di Bali.

Senyap cerita rampas kapal yang dikaitkan dengan Jho Low ni sampai PRU14 habis.

Dekat 4 bulan kemudian atau lebih tepatnya semalam cerita ini meletup balik bila media yang sama juga melaporkan bahawa pihak berkuasa negara itu akan memulangkan kapal The Equanimity, kali ini kepada Malaysia pulak!!

Habis, apa cerita yang kapal tu dipulangkan semula kepada pemiliknya yang sebenar pada bulan April tu tadi?  Potong dua ke?

Menambah pening kepala bila USA pula hari ini mengatakan mereka tidak dimaklumkan mahupun terlibat dalam soal penyerahan kapal ini oleh pihak Indonesia kepada Malaysia, yang mana lebih masuk akal kerana kita diberitahu ia adalah FBI yang mintak kapal ini ditahan, bukan pihak berkuasa Malaysia atau Indonesia pun.  Alih-alih, Indonesia pulang ke Malaysia pulak?

Kira macam mana tu?

Tak payah peninglah kan, sebaliknya bersangka baiklah.  Ini mesti kes dua kapal nama sama atau apa-apa yang berkaitan seperti itu.  Alah, cerita Jho Low tukar muka pun ada orang percaya, takkan kapal tak boleh ada dua nama sama?  Tanya pada golongan uneducated, mereka mesti setuju.  Tepuk, tepuk lagi.

Saya bukan cakap saja tapi saya juga dah cuba tanya persoalan ini kepada seorang dari golongan berkenaan dengan menunjukkan screenshot sebagai bukti, jawapan yang saya dapat, “kau ingat kerajaan bodoh?”

Ini sama seperti tanya “pisang apakah itu?”, jawabnya “epal itu berwarna merah”.  Soalan saya tak dijawabnya, sebaliknya kena marah.

Tapi tak apalah sebab saya tahu ini memang bukan kerja mudah.  Lagipun selain ada ramai golongan uneducated, kaum majoriti di negara kita pun adalah termasuk dalam golongan mudah lupa.  Kan ada sajak tu, apa nama dia, “Melayu Mudah Lupa”?

Apa pun seperti yang disebutkan, bersangka baiklah.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker