Surat kepada Marina Mahathir: Dr Nur Ilyani diadu kepada BPA

Tindakan seorang pegawai perubatan menulis surat terbuka mempersoalkan hak-hak yang dikatakan dituntut oleh golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) kepada aktivis masyarakat, Datin Marina Mahathir dikatakan telah diadukan kepada Biro Pengaduan Awam (BPA).

Ketua Dewan Muslimat Pas negeri, Siti Zailah Mohd. Yusof berkata, kumpulan tersebut juga dikatakan turut menggesa agar Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi yang bertugas di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak majikan iaitu Kementerian Kesihatan.

“Justeru, kami menggesa Kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan agar tiada sebarang tindakan tatatertib mahupun apa-apa tindakan pentadbiran diambil ke atas beliau kerana kami percaya aduan tersebut tidak berasas dan merupakan satu usaha menyekat hak beliau untuk menyatakan pandangan secara terbuka.

“Sehubungan itu, kami menyatakan sokongan dan solidariti kami terhadap prinsip yang diperjuangkan oleh Dr Nur Ilyani dan menyeru agar seluruh rakyat Malaysia dan NGO yang berada pada prinsip yang sama turut menyatakan sokongan dan solidariti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker