PRK Sg Kandis: Pilihanraya Kecil Tak Semestinya Melibatkan Kematian Saja

Budak-budak pro kerajaan nampaknya masih sentap dengan kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa minggu lepas bahawa selepas PRK Sg Kandis, akan ada lebih banyak pilihanraya kecil lagi bakal diadakan – termasuk di Langkawi.  Tan Sri Annuar Musa pun dah meminta maaf dengarnya bila isu itu menjadi hangat.

Tapi pada ramai yang lain, apa yang nak disentapkan sangat kan?  (Tanpa merujuk kepada sesiapa) Takkanlah hidup nak menongkat langit ye tak? Dekat 100 tahun dah.

Itu satu hal, satu hal yang lain, kekosongan kerusi yang menyebabkan berlakunya PRK ni bukan saja boleh disebabkan oleh kematian penyandang tapi juga hal-hal lain yang berkaitan seperti mana disebut dalam undang-undang.

Antaranya seperti penyandang meletakkan jawatan, diisytiharkan muflis, dijatuhkan hukuman setahun penjara/denda melebihi RM 2,000, petisyen pilihanraya dan lain-lain lagi.  Ini tak pergi lebih detail seperti mana dalam undang-undang, kalau ke situ, dah tentu ada lebih banyak sebab dimana PRK boleh berlaku tanpa melibatkan kematian.

Malah ada satu kes di Kedah pada tahun 2009 yang diperintah PAS, dimana ADUN Kota Siputeh dalam pada ketika itu, Datuk Abu Hassan Sharif nak dilucutkan jawatan kerana gagal menghadiri persidangan dewan tanpa kebenaran Speaker.

Taklah berlaku macam itupun tapi nak sebut, tak hadir dewan pun boleh menyebabkan penyandang hilang kelayakan dan seterusnya membawa kepada berlakunya PRK.

Malah dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini, ada dua kekosongan kerusi yang dianggap banyak pihak sebagai secara “sengaja” sehingga menyebabkan berlakunya PRK, iaitu di Permatang Pauh pada 2008 dan Kajang pada 2014. Tak semestinya mati pun.

Penulis tak pasti sama ada hilang akal atau hilang upaya akibat usia yang sangat tua, turut boleh menyebabkan kekosongan kerusi parlimen atau DUN boleh berlaku atau tidak? Ini kena tengok balik dalam undang-undanglah.

Yang pentingnya nak disebutkan disini, bukan semestinya mati saja baru PRK boleh diadakan. Jadi apa Annuar Musa cakap tu memang betul, dipandang dari sudut mana punlah.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker