PRK Sg Kandis: Berjaya Kurangkan Majoriti Lebih Separuh, Besar Dah Tu

KEKALAHAN BN dalam PKR Sg Kandis bukanlah perkara yang mengejutkan.  Semasa masih menjadi kerajaan di peringkat persekutuan pun, BN sukar menang di kawasan tersebut – kalah 3 kali berturut-turut sejak 2008 (nama lama DUN Sri Andalas), apatah lagi selepas tidak menjadi kerajaan persekutuan.

Bagi penulis, PRK Sg Kandis bukan medan kalah atau menang – awal awal lagipun penulis dah katakan disini, tapi medan menyerlahkan pembohongan Pakatan.  Berdasarkan ukuran itu, kita tidak menang tapi kita berjaya.  Isu yang dibangkitkan dalam kempen BN sepanjang PRK ini, bukan sahaja sampai di kalangan pengundi setempat tapi juga seluruh negara dan hasilnya, majoriti berkurang lebih separuh.

Itu yang pentingnya.

Momentum ini harus diteruskan, bukan diberhentikan.  Dalam tangan, ada 2 PRK menunggu – kesemuanya di kubu kuat Pakatan dan kesempatan ini harus digunakan sepenuhnya – bukan sangat untuk mencari kemenangan tapi untuk mendedahkan penipuan Pakatan kepada rakyat.  Apatah lagi 2 PRK yang berikutnya ini, akan diadakan selepas SST diperkenalkan semula (kalau jadi) September nanti.



Inilah peluang paling baik sekali untuk menunjukkan kepada rakyat bagaimana yang dikatakan mereka diperbodohkan dalam PRU yang lepas tu.  Marah GST 6% kerana kononnya “memiskinkan rakyat”, tapi boleh pulak terima SST yang paling kurang kadarnya ialah 6% dan paling tinggi 10%.

Kalau SST tak diteruskan sebaliknya ditukar kepada jumlah GST yang lebih rendah (seperti mana saranan ramai pakar ekonomi) sekalipun – BN tetap ada isu yang nak diperjuangkan – bukan untuk rakyat di kawasan itu saja tapi diseluruh negara.  Pendek kata, dari segi isu, mana-mana pun kita ada kelebihannya.

Tahniah diucapkan kepada calon BN, Datuk Lokman Adam, Pengarah pilihanraya (pertama kali), Datuk Seri Mohamad Hassan, seluruh jentera BN dan seterusnya pengundi di Sg Kandis – yang mengundi BN atau beramai-ramai tidak keluar mengundi.

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker