Pemilihan PKR: Cabar Anwar Pun Bukan Boleh Menang

Hakikat bahawa tidak ada siapa di kalangan pemimpin PKR yang berani menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden parti itu dalam pemilihan PKR tidak lama lagi, bukanlah bukti kesetiaan atau yang berkaitan dengan itu seperti yang banyak disebutkan beberapa pihak yang ada kaitan dengan individu yang diura-urakan cuba mencabar pemimpin berusia 71 tahun tersebut.

Yang betulnya, cabar pun bukan boleh menang, lagi apa mau temberang?  Setia atau apa lain yang disebutkan itu, hanya untuk menghantar mesej kepada penyokong bahawa tidak ada pergolakkan politik, dalam pemilihan pertama sejak menang pilihanraya umum buat pertama kali juga.

PKR adalah parti yang ditubuhkan berasaskan Anwar Ibrahim.  Segala berkaitan dengan PKR adalah Anwar.  Presiden PKR tidak pernah bertukar ganti sejak penubuhannya hampir 20 tahun dulu pun, sebab Datuk Seri Wan Azizah Ismail adalah isteri kepada Anwar.  Anwar tidak pernah menjadi Presiden PKR kerana bersebab, bukan kerana beliau tidak mahu atau tidak boleh.

Melawan Wan Azizah (bagi ramai penyokong setia PKR), adalah sama hasilnya dengan melawan Anwar.  Tidak ada siapa yang cukup jantan untuk berbuat demikian kerana itu sama maksudnya dengan menyarungkan “tali ke leher untuk dijerut” – baca dalam konteks metafora politik.

Sebetulnya, ramai orang, terutama di kalangan generasi muda yang mahu melihat Anwar segera menjadi Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya.  Pada mereka, Tun Mahathir hanyalah stepping stone sahaja, mengukuhkan keyakinan rakyat dalam PRU14 bahawa bila BN ditumbangkan akan ada pengganti yang sepadan atau dari segi persepsinya, lebih baik.

Faham stepping stone tu apa?  Tak faham, pergi masuk sekolah balik.  Stepping stone bukan maksudnya “batu untuk boleh dipijak”, tapi kalau nak faham macam itu, lantaklah, saya bukan rugi apa pun.

Pada mereka, Malaysia hanya akan benar-benar “berubah”, Malaysia akan hanya benar-benar baru, hanya setelah Anwar mengambil alih.  Sebab itu PKR masih boleh menang PRK Sg Kandis sekalipun dengan majoriti merosot dan kegalalan melaksanakan janji 100 hari, kerana ultimate goal mereka yang mengundi, adalah supaya kemenangan itu dapat terus menyemarakkan keinginan melihat Anwar, akhirnya, menjadi Perdana Menteri.

Nanti kalau kalah, ada pulak alasan kenapa Anwar tidak boleh jadi Perdana Menteri lagi.

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker