“Paper” Lain Pun Ada Online Juga, Kenapa Utusan Saja Yg Kena?

Sesiapa yang mengundi Pakatan, mengharap akan ada perubahan dalam soal kebebasan bersuara/media – sekurang-kurangnya berbeza dari apa yang sering dituduh mereka kepada UMNO/BN, boleh jadi uneducated begitu sajalah.

Ini mengulas tentang arahan pemberhentian langganan akhbar Utusan Malaysia di institusi/agensi bawah sebuah Kementerian yang dikeluarkan kelmarin.  Kononnya boleh baca online kata Menterinya, yelah tu, akhbar lain pun online juga tapi kenapa hanya Utusan saja yang kena?  Itu persoalannya kan.

Bagi rakyat, semua ini bukti apa yang selalu dikatakan oleh Pakatan tentang kebebasan bersuara/media sebelum ini tu, sebenarnya hanya merujuk kepada untung rugi politik mereka saja.  Ia bukanlah menggambarkan mereka tu bebas dan terbuka sangat sampai boleh mendengar apa yang berbeza dari faedah politik mereka pun.

Serupalah keadaannya dengan kenyataan kononnya tidak ada tindakan balas dendam awal-awal pentadbiran berubah tangan dulu sedangkan yang ada menganggap apa yang berlaku sekarang ini adalah tentang pembalasan – dulu aku kena, sekarang macam mana mesti kau kena balik, lebih kurang macam itulah bahasa mudahnya.

Itu yang ada kes dokumen tak lengkap pun tapi dah didakwa ke Mahkamah dan sebagainya.

Keputusan ini pada ramai orang terutama generasi muda, tidak memberikan apa-apa kesan sebab semua orang boleh agak dan sangka – lagipun macamlah baca surat khabar sangat pun generasi muda sekarang ni.  Tapi dari satu sudut yang lain, keputusan ini jelas membuktikan rakyat ditipu tentang perubahan yang dijanjikan terutama dalam soal kebebasan media/bersuara ini.

Begitupun bila difikir-fikirkan, rakyat dah kena temberang banyak benda dah sejak 10 Mei ni sampai ada yang “sendawa-sendawa kena kencing”.  Dengan harga barang tak turun-turun, kos sara hidup semakin meningkat, tarif elektrik yang naik sedangkan gaji masih macam itu dan sebagainya, kenapa yang satu ni mesti berbeza pulak ye tak?

2 thoughts on ““Paper” Lain Pun Ada Online Juga, Kenapa Utusan Saja Yg Kena?

  • August 4, 2018 at 12:13 AM
    Permalink

    Munafik

    Reply
  • August 4, 2018 at 10:15 AM
    Permalink

    Biasala Mcm diajar oleh Encik mahathir

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.