Mohd. Irwan Serigar buat laporan SPRM terhadap Lim Guan Eng

Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa wang bayaran balik cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak RM19.4 bilion telah hilang.

Menurut Mohd. Irwan, laporan itu dibuat bagi membolehkan SPRM membuat siasatan mengenai dakwaan Guan Eng semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) dalam sidang Dewan Rakyat kelmarin.

“Benda tu tak berasas (tuduhan), yang saya nak benda terperinci (laporan) pasal dia kata kehilangankan (walhal) benda tu masuk dalam Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Persekutuan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau yang hadir bersendirian ke SPRM pada pukul 11.15 pagi dan meninggalkan perkarangan ibu pejabat itu pada pukul 11.45 pagi.

Ditanya adakah beliau turut mengemukakan dokumen sebagai bahan bukti kepada SPRM, Mohd. Irwan berkata, dokumen mengenai dana tersebut ada di Kementerian Kewangan.

Kelmarin, Guan Eng mendakwa wang bayaran balik GST berjumlah RM19.4 bilion telah hilang akibat `dirompak’ di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Utusan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker