KENYATAAN ASAL SAYA MENJAWAB KECAMAN-KECAMAN YB KJ

 

Di kebelakangan ini pelbagai ayat kasar dan kecaman telah dilontarkan oleh YB KJ kepada Dato’ Seri Najib seperti “bangkai”, “beban” dan sebagainya. Beliau (KJ) berkata beliau tidak mahu tanggung bangkai hidup yang merujuk kepada hal Dato’ Seri Najib. Padahal dahulu beliaulah juga yang telah menjulang Dato’ Seri Najib semasa Dato’ Seri Najib berkuasa tetapi sebaik sahaja kalah pilihanraya terus cepat mencemuh Dato’ Seri Najib pula.

Beliau juga telah mengherdik kerjasama UMNO dan PAS di PRK Seri Setia yang menunjukkan yang jiwa beliau bukanlah jiwa perjuangan Melayu dan Islam sebenarnya. Sebab itu saya sarankan supaya beliau (KJ) mungkin lebih sesuai untuk masuk PKR atau DAP.

YB KJ, budaya salahkan orang lain ke atas kegagalan sendiri itulah denial syndrome yang sebenarnya, yakni tidak mengaku kesalahan sendiri namun hanya pandai menuding jari kepada orang lain.

Dan, Pakatan memang tidak mahu UMNO-PAS bekerjasama. Jangan kita jadi double agent mereka pula yang mahu pembangkang berpecah dan lemah.

YB, dalam perjuangan, kita perlu ada prinsip pegangan yang kuat di kala menang mahupun kalah. Bukan hanya sokong apabila menang namun lari dan tembak rakan sendiri apabila kalah. UMNO tidak perlu seorang oportunis yang hanya pentingkan diri sendiri.

Salam,
Isham Jalil
Marhaen UMNO
18 Ogos 2018

One thought on “KENYATAAN ASAL SAYA MENJAWAB KECAMAN-KECAMAN YB KJ

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.