Johari Ghani Yang Belum Sedar Diri

Oleh Ab Jalil Backer

1. Apabilla mendapat khabar DS Najib Razak akan turun ke Sungai Kandis saya telah nyatakan kepada beberapa orang bahawa ia satu tindakan tidak bijak.

2. Bukan kerana ia akan menyebabkan BN kalah tetapi ia akan membolehkan orang lain cuci tangan dan menyalahkan Najib Razak.

3. Maka hari ini berlakulah apa yang saya katakan dulu. Memang Najib Razak tidak perlu turun. Tapi lebih tidak wajar untuk Johari Ghani menulis sedemikian.

4. Dalam tulisan panjang beliau, Johari Ghani langsung tidak ambil fakta bahawa kita sudah beberapa penggal KALAH di DUN Sungai Kandis.

5. Jadi tujuan dan motif Johari Ghani hanya satu iaitu menyalahkan Najib. Ini juga alasan yang selalu beliau berikan kenapa kalah di Titiwangsa.

6. Johari tidak mahu menyalahkan dirinya atas kekalahan di Titiwangsa.

7. Dalam politik beliau bergaduh dengan semua orang UMNO yang tidak sependapatnya. Beliau ada ego semua orang lain bodoh, dia sahaja pandai.

8. Sebelum menyalahkan orang lain, Johari harus muhasabah diri sendiri dahulu. Lawak benar Menteri Kewangan kalah kepada calon kali pertama dari luar kawasan.

Related Articles

One Comment

  1. Orang kalah patut duduk diam aje. Biar yang menang aje bercakap. Yang kalah boleh bagi peluang orang lain pulak pegang jawatan dalam parti.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker