Janji hapus tol tidak akan dilaksanakan – Baru Bian

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengesahkan bahawa janji untuk menghapuskan tol di seluruh negara seperti yang terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak akan dilaksanakan.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian mengakui cadangan tersebut tidak mudah untuk dilaksanakan dengan alasan tekanan kewangan semasa dan implikasinya adalah kerajaan perlu menanggung pampasan tol sebanyak RM400 bilion.

“Setelah menimbangkan faktor tersebut, kerajaan setuju tangguhkan cadangan tersebut sehingga ekonomi stabil dan mengizinkan.

“Kerajaan melalui Majlis Kos Sara Hidup akan teliti pilihan yang lebih praktikal untuk kurangkan beban sara hidup secara keseluruhan,” katanya dalam sesi soal jawab Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) yang meminta kerajaan menyatakan senarai terkini tol-tol yang akan dimansuhkan bagi meringankan beban rakyat dan jangkaan dilaksanakan. – UTUSAN ONLINE

One thought on “Janji hapus tol tidak akan dilaksanakan – Baru Bian

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.