Jamaluddin Jarjis dan Aset Berbilion

oleh Ab Jalil Backer

Melayu bukan bodoh sangat berniaga. Cuma kebanyakan kita diasuh dari kecil jangan riak dan takbur dengan kekayaan dan kejayaan.

Allahyarham Jamaluddin Jarjis memulakan perniagaan pada 1981 dengan menubuhkan sebuah firma perunding yang membuat pengkhususan dalam bidang kejuruteraan elektrik dan mekanikal dikenali sebagai J&A Associates.

Untuk seorang bekas pensyarah pada 1970-an dan mempunyai mempunyai syarikat pada 1981 adalah satu kejayaan orang Melayu.

Antara kejayaan awal dan besar Jamaluddin ialah pada 1986, beliau telah membeli EPE Power Corporation Berhad.

(Beliau menyandang jawatan naib pengerusi eksekutifnya sebelum berundur pada 3 Ogos 2000, sehari sebelum dilantik sebagai timbalan pengerusi Tenaga Nasional Berhad, dan selepas itu dilantik sebagai pengerusi TNB pada September 2000).

Sudah tentu bagi seorang yang telah mempunyai perniagaan sebesar itu pada 80-an beliau akan melabur dalam pelbagai bidang lain termasuk Bursa Saham yang sangat “booming” pada 1990-an.

Jamaluddin bukannya satu-satunya Melayu yang berjaya.

Pada 1980-an juga ada seorang peguam Melayu yang muflis dalam perniagaan garam, kemudiannya berjaya dalam bidang pembangunan hartanah. Beliau kemudiannya berjaya menjadi Menteri Kewangan dan selepas itu mempunyai beberapa bank di luar negara dengan aset tidak terkira banyaknya.

Berbanding Jamaluddin yang mendaki perniagaan selama berpuluh tahun, billionaire ini hanya sempat berniaga beberapa tahun sebelum dilantik sebagai Menteri Kewangan. Namun tidak dinafikan beliau sudah jutawan besar sebelum dilantik Menteri Kewangan.

Saya tidak berhasrat mempertahankan allahyarham Jamaluddin Jarjis jika beliau ada buat salah.

Cuma menyerang orang yang sudah meninggal kerana dendam terhadap UMNO adalah satu perbuatan yang sangat memalukan.

Jika Penasihat Media Perdana Menteri atau sesiapa sahaja dalam kerajaan hari ini merasakan harta tersebut diperolehi secara salah dan unsur rasuah tubuhlah siasatan di raja.

Mengherdik orang mati yang sudah tidak boleh mempertahankan diri adalah perangai kebudak-budakan.

Jika bekas peguam yang muflis dalam perniagaan garam boleh jadi billionaire, bekas wartawan boleh jadi jutawan, apakah seorang Dr dalam bidang kejuruteraan elektrik pada tahun 80-an tidak mampu mengumpul harta sebanyak itu?

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker