BR1M: Terkena Lagi Kita Ya….

BR1M dan subsidi minyak adalah 2 perkara yang sangat berkaitan.  Ramai orang terlupa bahawa BR1M adalah satu bentuk pengagihan subsidi terarah bagi menggantikan subsidi minyak yang dikategorikan sebagai subsidi pukal.

Subsidi pukal ini semua orang pun merasa walaupun mereka kaya raya, rakyat negara jiran, warganegara asing dan sebagainya sedangkan subsidi terarah – seperti BR1M, hanya kepada mereka yang benar-benar layak selain terhad kepada rakyat negara kita sahaja.

Orang asing tak mungkin merasa BR1M seperti mana mereka menikmati subsidi minyak hari ini.  Ketirisan?  Buatlah kira-kira sendiri.

Diakhirnya, apa yang cuba disampaikan disini ialah, memberi subsidi minyak dan BR1M dalam masa yang sama, dari sudut pandang kewangan negara, adalah satu perkara paling bodoh akan dilakukan oleh mana-mana pentadbir yang waras.

Justeru, walau apa perbezaan politik yang ada antara saya dengan pentadbiran sekarang, saya bersetuju malah menyambut baik pengumuman untuk menghapuskan BR1M secara berperingkat yang diumumkan kelmarin.

Itulah yang sepatutnya dilakukan.

Kewangan negara – seperti dikatakan banyak pihak, rasanya sudah teruk sekarang ini berdasarkan hakikat bahawa sebahagian pendapatan negara hilang apabila GST menjadi 0% selama 3 bulan tanpa alternatif yang setaraf untuk menggantikannya, pengenalan semula subsidi minyak dan sebagainya.  SST bila diperkenalkan semula September nanti, pun tidak akan mampu menggantikan jumlah yang boleh dikutip melalui GST.

Dengan menghapuskan BR1M, kuranglah sikit duit keluar – ini semua bercakap dari sudut kewangan negaralah.

Bagaimanapun, dari sudut rakyatnya, sudah jadi cerita lain.  BR1M, walaupun bukan seperti gaji (siapa pulak yang kata begitu?), tetap mampu meringankan beban golongan memerlukan, terutama dalam menyelesaikan beban kewangan tahunan seperti membayar insuran kenderaan, cukai pintu dan seperti itu.

“Meringankan beban rakyat” adalah kata kuncinya disitu, bukan hapus beban terus,

Sebab itu ramai undi Pakatan dalam PRU14 yang lepas, kerana selain mengharap kos sara hidup turun, penangguhan PTPTN, barang murah, tol percuma dan sebagainya, kelompok ini (majoriti uneducated) juga percaya BR1M akan tetap diteruskan kalau Pakatan menang.

Banyak bukti yang boleh ditunjukkan mengenai perkara tersebut – paling terbaru beberapa hari sebelum hari mengundi Mei lalu, nak mengelak pun tidak berguna.

 

Sekarah, dah umum BR1M dikurangkan sebelum dimansuhkan secara berperingkat, ramailah mula terasa dibangang-bangangkan walaupun dulu berbuih mulut cakap dah tapi taknak percaya.  Itulah sebab dulu mak bapak suruh pergi sekolah tapi degil, kan dah kena.

 

Related Articles

One Comment

  1. mana perginya Mat Sabu, Khalid Samad, Sallehudin Ayup. Taniah PM, dedak yg dicampurkan dgn tahi babi yg diberikan kpd pemimpin Amanah telah berjaya membisukan mereka. Semasa jadi pembangkang dulu apa yg kerajaan buat semuanya tak kena, menyalak sana dan sini kononnya akulah jaguh. sekarang kenapa diam macam “babi gila”

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker