Pembatalan BR1M

oleh Ab Jalil Backer

Bantuan Rakyat 1Malaysia ialah program rekayasa sosial kerajaan Barisan Nasional bagi membolehkan golongan berpendapatan rendah menangani kenaikan kos sara hidup akibat pengenalan GST dan rasionalisasi subsidi.

GST telah dimansuhkan dan rasionalisasi subsidi dihentikan, sistem pengurusan kewangan negara kembali kepada rejim lama 90-an, maka tiada sebab BR1M perlu diteruskan.

BR1M tidak boleh diteruskan dalam rejim pentadbiran sekarang kerana ia tidak mempunyai asas untuk memberi.

Kerajaan telah hapuskan GST, harga barang telah kembali murah dan beli barang RM50 sudah penuh troli. Jadi sebab apa hendak diteruskan BR1M?

Dalam hal ini keputusan Tun Mahathir untuk menghapuskan BR1M adalah sesuatu yang sangat wajar.

Kepada 7 juta penerima BR1M, percayalah sebahagian anda dan keluarga anda tidak mengundi Barisan Nasional. Sebab itu BN kalah.

Jadi redha sahajalah dengan keputusan ini.

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker