ECRL Ternyata BUKAN Projek Menjual Kedaulatan Negara

10 dari 10 orang yang ditanya mengenai ECRL sekarang – terutama di media sosial, akan menjawab tidak pasti.  Kalau tanya hari itu, ramai menjawab dibatalkan, kalau ditanya hari ini, jawapan nya pelbagai – mungkin ditangguhkan, dibatalkan atau berjalan terus atau macam mana entah.

Rasa nak gelak pun ada.

Apa pun yang penting, pedulilah sama ada diteruskan, ditangguhkan atau dibatalkan, ternyata sekarang ECRL adalah satu keputusan perniagaan, bukan satu bentuk penjajahan, jauh lagi nak menjual kedaulatan negara.

Ini melihat kepada banyak kenyataan rasmi dari pelbagai pihak berkaitan pemerintah mutakhir ini tentang ECRL, dimana tak satu pun yang mengaitkannya dengan apa bentuk penjajahan atau menjual kedaulatan.  Pergi China pun tak ada yang cakap apa-apa mengenai perkara itu.  Takut agaknya, kita pun tak pasti.

Walaupun ada dikalangan kelompok yang sama, semasa dan sebelum PRU14 yang lepas mengaitkan ECRL ini sebagai satu bentuk penjajahan China ke atas negara kita – hari ini nampaknya tidak lagi, semuanya bercakap tentang aspek untung dan rugi saja.  Padahal, ada di kalangan mereka ketika itu yang mengaitkan ECRL dalam tulisan bertajuk “Aspek Kedaulatan Dalam Pelaburan Asing”.

Nak nafi pun tak boleh.

Berbuih mulut Najib dulu mengatakan ECRL ini (dan projek besar lain dengan China) bukan nak menjual kedaulatan negara ini tapi puak-puak ini peduli apa, rakyat tetap dihasut begitu secara konsisten.

Justeru, yang rasa begitu (ECRL adalah satu bentuk penjajahan oleh negara China), nampaknya anda kena tipu – lagi.  Hajat nak menjadi pejuang dalam mempertahankan kedaulatan negara dengan menjatuhkan BN sebagai kerajaan, rupanya hanyalah kerja sia-sia, kerana rupanya tidak ada kedaulatan yang tergadai, hanya keputusan perniagaan yang biasa,

Tahun ini saja agak=agak berapa kalilah rakyat nak kena tipu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker