Plot Politik Mahathir Yang Makin Celaru

oleh Ab Jalil Backer

1. Beberapa hari lepas Tun Mahathir membuat kenyataan bahawa ada permintaan rasuah 30 peratus saham untuk bumiputera dibuat oleh kerajaan lama pimpinan Najib Razak ke atas syarikat Cina.

2. Mahathir ketika berucap semasa Forum Pemimpin Kelab Usahawan China di Beijing mendakwa kerajaan BN sebelum ini ‘korup’ dalam menerima kemasukan pelabur atau syarikat dari China.

“Terdapat kes di mana pelabur diminta memberi 30 peratus saham kepada sesetengah orang. Itulah sebabnya berlaku kelewatan kerana orang tertentu cuba mendapatkan wang daripada pelabur,” katanya.



3. Beliau bercakap di hadapan ahli perniagaan Cina di China. Saya ingatkan sebagai orang tua beliau mungkin keliru dengan dasar pelaburan asing zaman beliau yang telah dimansuhkan beberapa tahun lalu.

4. Mustahil ada yang berani minta rasuah 30 peratus saham dari pelabur asing. Tapi ini Mahathir cakap mesti beliau ada bukti. Mahathir the great mana pernah bohong.

5. Balik ke sini plot sudah bertukar. Mungkin pelabur China sudah “menyergah” Mahathir bahawa mereka tidak pernah berhadapan dengan masalah sedemikian.

6. Tadi ketika bercakap dalam sidang akhbar sekembali dari China beliau menyatakan ada ahli perniagaan cina (Malaysia) mengadu kepada beliau tentang permintaan rasuah 30 peratus saham dari individu tertentu dalam kerajaan lama.



7. Bila ditanya apakah akan dilakukan siasatan, beliau menyatakan tidak kerana tiada bukti dan hanya dengar cakap. Mahathir juga mendakwa ahli perniagaan hanya berminat mengadu kepada beliau tetapi tidak mahu melalui proses siasatan SPRM yang menyukarkan.

8. Ini merupakan satu sikap tidak bertanggungjawab Perdana Menteri. Beliau memalukan pentadbiran kerajaan di peringkat antarabangsa walau tanpa sebarang bukti.

9. Mungkin Mahathir tidak tahu bahawa di bawah Akta SPRM kegagalan melaporkan perbuatan meminta rasuah adalah satu kesalahan berat dan boleh dihukum penjara.

10. Mengapa kerajaan baharu melindungi kroni mereka yang melanggar undang-undang anti rasuah ini?



11. Paling memalukan sebagai Perdana Menteri Tun Mahathir tidak boleh membezakan antara cakap kedai kopi dengan bercakap dalam sidang akhbar dan dialog antarabangsa.

Sedikit demi sedikit imej Mahathir kian calar hasil perbuatan sendiri.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker