Majlis Penasihat Kerajaan tidak mahu ECRL diteruskan.

ECRL tak berdaya maju: Majlis Penasihat Kerajaan

Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) berpandangan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tidak berdaya maju untuk dilaksanakan.

Pengerusinya, Tun Daim Zainuddin, berkata berdasarkan kajian pihaknya mendapati kos pelaksanaannya sangat tinggi.

Malah, beliau menegaskan, projek itu sendiri tidak berdaya maju.

Bagaimanapun, katanya, jika ada pihak swasta yang berpandangan ia berdaya maju, biar mereka teruskan.

“Setakat kami tahu, kami mengkajinya…ia tidak berdaya maju,” katanya pada sidang media sempena selesainya mandat 100 hari CEP di sini, hari ini.

Mengenai langkah memansuhkan tol, Daim berkata, dengan kedudukan ekonomi semasa yang tidak menentu, adalah tidak wajar untuk menghapuskan tol buat masa ini.

Sementara itu, mengulas mengenai cadangan yang dibuat CEP kepada kerajaan hasil mandat 100 harinya, beliau berkata, cadangan yang dibuat mampu menjimatkan perbelanjaan.

Beliau berkata, dari segi pendapatan, terdapat peningkatan kutipan cukai ketika ini dan ia satu petanda yang baik.

Berita Harian

Leave a Reply