Lawatan PM ke China Satu Pembaziran Wang Rakyat · MYKMU.NET

Lawatan PM ke China Satu Pembaziran Wang Rakyat

Share

oleh Ab Jalil Backer

1. Apabila membaca laporan luar negara, media negara, penasihat media Perdana Menteri dan media sosial pentaksub Mahathir, nyata lawatan rombongan Tun Mahathir dan kunjungan awal Tun Daim ke China hanya membazir wang rakyat.

2. Tidak ada satu agenda besar ekonomi negara kecuali AFP melaporkan Mahathir merayu China membantu Malaysia (Dr Mahathir calls for China’s help with fiscal problems). Dulu bukan main sombong penyokong Mahathir mengutuk China.

3. Hakikat bahawa Penasihat Media PM sendiri hanya bercerita isu Jho Low menunjukkan lawatan tersebut tidak ada apa-apa pencapaian besar untuk ekonomi negara.

4. Apa keperluan ke sana kalau sekadar siaran ulangan Geely-Proton dan cerita pembelian minyak kelapa sawit yang telah selesai pada zaman Najib Razak lagi.

5. Nampaknya seakan jutaan ringgit kos lawatan ke China ini tidak mendatangkan apa-apa hasil baharu yang boleh dibanggakan.

6. Ia sekadar membazir wang rakyat melayan ego Perdana Menteri dan Tun Daim Zainuddin

Rakyat Malaysia bazir 17,800 tan makanan sehari

Leave a Reply