Jho Low: Kenapa Khaled Nordin Desak Najib, Tak Desak Pakatan?

Difahamkan antara banyak kemenangan dalam pemilihan UMNO bulan Jun yang sudah, kemenangan Khaled Nordin sebagai Naib Presiden antara yang paling banyak diperkatakan orang.

Maklum sajalah kata mereka, bukan sahaja Johor itu terlepas ke tangan Pakatan ketika dibawah pimpinannya, Khaled sendiri kalah di dua kerusi yang dia bertanding, parlimen dan DUN.  Bertanding Naib Presiden, menang pulak.

Itu kata orang.

Saya sendiri secara peribadi tidak melihat ada apa masalah mahupun ada sebarang maklumat bahawa kemenangan Khaled itu adalah melalui proses yang tidak sah.  Saya yakin Khaled layak untuk menang dan kita semua perlu menghormati keputusan yang telah dibuat itu.

Tapi kenyataan Khaled semalam yang mahu Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan maklumat mengenai Jho Low, menyebabkan saya mula menilai semula apa yang banyak diperkatakan orang mengenai Khaled Nordin sebelum ini.

Walaupun Khaled bukan satu-satunya pemimpin UMNO yang “mengecam” Najib mutakhir ini, tapi sementara yang lain bercakap secara am – majoritinya tentang keperluan Najib menjauhkan diri, sementara UMNO melalui proses pemulihan, Khaled memilih topik yang cukup spesifik iaitu Jho Low.

Ini sepertinya mencari bisul yang sedang masak pada seseorang untuk ditumbuk bagi mengejutkannya dari tidur sedangkan simbah dengan air pun dah lebih dari cukup.  Kata budak-budak rempit, “statement nak cari gaduh”.

Antara lain yang menjadi persoalan ialah, kenapa Khaled pulak nak lebih teruja bila hakikatnya, Pakatan sendiri – pada pandangan sesetengah pengguna media sosial, “tidak begitu serius” nak mencari Jho Low.  Carian ringkas di laman web Interpol mendapati, nama Jho Low bukanlah antara yang tersenarai sebagai orang yang dicari bagi Malaysia.

Najib dah berulang kali kata beliau tidak begitu mengenali Jho Low, paling tidak, ke tahap sesiapa berkepentingan akan mencari beliau untuk mencari Jho Low.

Justeru, kalaulah kenyataan ini sebab nak membuktikan diri kepada ahli-ahli UMNO dia adalah pemimpin yang hebat, Khaled Nordin perlu mendesak Pakatan mencari Jho Low sampai dapat, bukan Najib.  Kalau Pakatan dah jumpa Jho Low nanti dan didapati ada keperluan untuk Najib terlibat dalam apa cara sekalipun, barulah Khaled boleh mendesak Najib – itupun kalau Najib enggan bekerjasama.

Baru betul.

Waktu yang dipilih Khaled ini adalah ketika cerita Jho Low sedang jadi bahan lawak dibawah.  Antara jenaka yang sering saya baca mengenai Jho Low ini, terutama di media sosial ialah, kapal boleh cari, jet boleh cari takkan orangnya tak boleh cari?  Yang paling di atas sudah tentulah cerita kononnya “Jho Low sudah buat pembedahan menukar muka ini” – dah macam cerita Mission Impossible pulak ya.

Kalau cerita ini keluar masa Najib masih Perdana Menteri, dah kembung-kembung perut kena gelak tau. Entah kenapa Khaled pulak begitu ambil serius mengenainya?

Related Articles

One Comment

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker