Projek Usahasama dengan China didakwa sebagai paling ‘kontroversi’ sebenarnya tidak kontroversi, kata ahli ekonomi UM

Projek yang ‘ditandakan merah’ oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) seperti East Rail Rail Link (ECRL) dan terowong bawah laut Pulau Pinang adalah berpunca daripada hubungan antara syarikat-syarikat swasta tempatan dengan pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini, seorang ahli ekonomi memberitahu dalam sebuah forum, hari ini.

Profesor Edmund Terence Gomez daripada Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya berkata, kebanyakan projek yang dipersetujui oleh kerajaan BN sebelum ini, sebenarnya, sangat memberi manfaat selain turut mampu membantu meransang pertumbuhan ekonomi negara ini.

“Masalahnya projek-projek ini dibelenggu dengan kontroversi bersifat politik yang mana jika ianya diketepikan, anda akan dapat melihat aliran dan peluang perniagaan yang kukuh dan luas untuk rakyat di negara ini,” katanya ketika berucap dalam Malaysia-China Smart Silk Road Forum baru-baru ini.

Lau Zheng Zhou, seoranh Pengarah Kanan di Pusat Pengajian Dasar Awam (CPPS), berkata projek-projek China di Malaysia harus dilihat sebagai satu peransang dalam usaha membantu negara bersiap sedia untuk berhadapan dengan Industri 4.0.

“Syarikat China tidak berada di sini untuk mencuri peluang perniagaan kita, sebaliknya untuk membantu kita untuk meningkat dalam pelbagai aspek.”Jika anda melihat Forest City, ia sangat maju dan kita harus belajar daripada teknologi mereka di sana agar dapat kita gunapakai untuk projek-projek lain dalam sektor pembuatan,” katanya lagi, merujuk kepada projek hartanah di Johor.

sumber MalayMail

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker