Rina Harun patut fokus untuk tunaikan janji PH – Shahanim

Maklumbalas Terhadap Kenyataan Ketua Srikandi PPBM

1. Kenyataan Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Harun yang mendakwa kononnya UMNO telah terpesong daripada perjuangan untuk mempertahankan dan memartabatkan hak keistimewaan Melayu merupakan satu kenyataan yang jelik lagi dangkal.

2. Beliau perlu sedar, kemenangan Pakatan Harapan dalam pilihanraya umum yang lalu tidak boleh dijadikan sebagai kayu pengukur kerana kemenangan tersebut disebabkan janji-janji menifesto yang jelas menipu pengundi serta gerakan fitnah dan propaganda jahat untuk memperbodohkan rakyat berjaya dilaksanakan dengan liciknya. Sehingga rakyat terpedaya dengan hasutan dan dakyah jahat itu.

3. Tambahan pula berdasarkan keputusan PRU yang lalu PPBM hanya memenangi 12 daripada 52 iaitu bersamaan 23 peratus sahaja. Malah jika dilihat secara teliti PKR dan DAP adalah merupakan ‘kata pemutus’ atau dalam kata sebenar ‘penentu hala tuju’ sebenar di dalam Pakatan Harapan berbanding PPBM.



4. Atas sebab itu juga pelbagai cara dan helah terpaksa dilakukan bagi ‘membeli’ ahli-ahli parlimen khususnya dari UMNO bagi memastikan PPBM kekal relevan sebagai ‘abang besar’ di dalam Pakatan Harapan. Desakan dan ugutan di lakukan bagi menakut-nakutkan pemimpin UMNO agar segera keluar parti.

5. Paling mengecewakan, setelah hanpir 6 bulan sejak Pakatan Harapan mengambil alih teraju kepimpinan negara, sehingga kini masih belum ada satu pun pencapaian yang boleh di banggakan khususnya untuk orang Melayu.

6. Sedar atau tidak bantuan rakyat khususnya untuk orang Melayu telah di tarik perlahan demi perlahan antaranya tajaan untuk menunaikan haji, BR1M (bakal dihapuskan), bantuan bulanan untuk golongan nelayan, kakitangan kerajaan berstatus kontrak dibuang kerja dan banyak lagi.

7. Paling menyedihkan peruntukan untuk membina masjid juga dibatalkan walaupun ia telah diluluskan sebelum ini.



8. Malah Ketua Armada PPBM yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan secara lantang mengatakan parti itu tidak lagi berhasrat untuk memperjuangkan isu ‘Ketuanan Melayu’ di negara ini.

9. Kepada Rina ada baiknya beliau memberikan fokus terhadap kementerian yang diterajuinya terlebih dahulu dan di masa yang sama mencari jalan untuk memenuhi semua janji-janji di dalam manifesto yang dibentangkan dahulu.

10. Sekiranya rakyat mampu menjatuhkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional yang telah berjasa hampir 22 tahun, sudah pasti rakyat mampu melakukan perkara yang sama terhadap kerajaan Pakatan Harapan yang ‘baru setahun jagung’.

Datuk Shahanim Mohamad Yusoff
Ketua Umno
Bahagian Sungai Petani



29 Oktober 2018

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker