Hikayat 100 Hari & 10 Janji: Najib Juga Yg Betul

Share

Sejak manifesto Pakatan dilancarkan pada 7 Mac 2018, Perdana Menteri ke-6, Datuk Sri Najib Tun Razak berulang kali menyatakan bahawa banyak perkara yang dinyatakan dalam manifesto itu, tidak masuk akal dan tidak mungkin dilaksanakan dalam tempoh yang dinyatakan.

Dengan maklumat kewangan negara, semuanya berada dalam tangan beliau, sudah tentu kenyataan itu betul tapi sebilangan kita mengambil pendirian untuk tidak percaya.

Itu bahagian yang pertama.

Bahagian yang kedua Najib kata, jika semua janji itu dilaksanakan sekalipun, ia akan menyebabkan kewangan negara ini berada dalam keadaan deficit yang teruk kerana negara akan kehilangan pendapatan yang besar terutamanya bila GST dihapuskan dan pendapatan negara kembali bergantung kepada harga minyak dunia yang tidak stabil.

Pada saya sendiri, bahagian yang kedua itulah yang paling menakutkan sekali kerana jika ia berlaku, ada kemungkinan ia akan menyebabkan kemelesetan ekonomi yang kali terakhir berlaku di negara ini pada tahun 1997 hingga 2001.

Dua Perdana Menteri sejak kemelesetan yang terakhir itu, masing-masing Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi dan Najib, telah berjaya mengelakkan kemelesetan ekonomi seterusnya yang sepatutnya berlaku pada tahun 2008 (krisis sub-prima di Amerika Syarikat) dan 2014 (harga minyak turun}

Setakat tidak melaksanakan janji dalam pilihanraya, ia hanya menjejaskan kehidupan ramai orang, terutama golongan berpendapatan rendah yang mengundi untuk menukar kerajaan kerana berharap kehidupan mereka akan lebih baik kalau khalayan minyak turun, cukai takde, tol percuma dan sebagainya ni dilaksanakan.

Tapi kalau krisis ekonomi berlaku seperti mana 1997 dulu, semua orang akan mendapat terlibat cuma yang beza, kecil atau besar impaknya sahajalah.

Justeru, dengan ramalan bahagian yang pertama itu sudah terbukti betul, saya berharap ramalan kedua Najib itu akan menjadi salah.  Itu sajalah yang boleh dibuat (berharap), apa lagi yang boleh?

Leave a Reply