UMNO tingkat kerjasama dengan Pas di PRK Seri Setia

UMNO mengambil ketetapan untuk terus meningkatkan kerjasama dengan Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia yang bermula dengan proses pencalonan hari ini.

Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata, pemimpin kanan Umno dibenarkan turut mengiringi calon PAS Dr.Halimah Ali hari ini di pusat penamaan calon yang berlangsung di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebagai tanda sokongan moral.

“Sekiranya minta pemimpin dan penceramah UMNO dibenarkan berkongsi pentas dan berkempen untuk calon PAS.

“Jentera UMNO di cawangan dibenarkan memberi kerjasama sepenuhnya kepada jentera Pas sekiranya diminta,” kata Annuar dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Annuar, kerjasama tersebut atas dasar rakyat berbilang kaum yang perlu disatukan untuk menolak Pakatan Harapan yang didakwa telah membohongi rakyat.

PRK Seri Setia menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Dr. Halimah, 58 dengan calon PKR, Halimey Abu Bakar, 46.

Pemimpin UMNO yang turut mengiringi calon Pas termasuk Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Wanita Umno Datuk Dr. Noraini Ahmad.

Pada PRK DUN Sungai Kandis, Pas memberi laluan kepada UMNO untuk bertanding dan turut membantu parti tersebut sepanjang kempen pilihan raya berlangsung.

Kedua-dua parti yang mewakili golongan orang Melayu dan Islam terbesar di Malaysia itu memulakan kerjasama pada PRK DUN Sungai Kandis. Pas memberi laluan kepada UMNO untuk bertanding dan turut membantu parti tersebut sepanjang PRK DUN Sungai Kandis berlangsung.-UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker