Jangan Segan Sebut “Merdeka”

Difahamkan ada sebaran kontroversi dari pihak berkaitan sambutan hari kemerdekaan negara kita pada tahun ini (yang kebetulan diperintah kerajaan baru), yang katanya melarang perkataan Merdeka dan jumlah tahun negara kita mencapai kemerdekaan, dari disebut.

Kononnya nak jaga sensitiviti negeri-negeri yang tidak merdeka sekali pada 31 Ogos 1957.  Hanya cukup menyebut Selamat Menyambut Hari Kebangsaan sahaja.

Perkara ini (kalau betul) rasanya tak patutlah sebab tempat lain pun ada negeri yang merdeka tidak sama hari dengan negaranya, tapi mereka tetap menyambut hari kemerdekaan yang asal itu bersama-sama.

Contoh macam negeri Alaska di Amerika Syarikat.

Negeri ini (Alaska) hanya menyertai Persekutuan Amerika Syarikat pada 1867 sekalipun Amerika Syarikat lebih awal menyambut kemerdekaannya pada 1776.  Alaska, tak pun merdeka sekali dengan Amerika Syarikat, tapi mereka sama-sama sambut kemerdekaan pada 4 Julai, cuti umum dan sebagainya.

Itu berlaku di Amerika Syarikat, negara yang jauh lebih maju daripada negara kita.

Walaupun begitu difahamkan isu ini telah selesai dengan penjelasan dari Kementerian yang berkenaan semalam.  Cuma diharapkan di masa akan datang, perkara ini tidak berulang lagi dan Kementerian pun tidak perlu mengambil masa yang terlalu panjang untuk menjelaskan tentang kekeliruan tersebut kepada masyarakat.

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker