Tema Hari Kebangsaan Terbaik (Bagi Saya) – “Janji Ditepati” 2012

Jika semua masih ingat, kerajaan negara kita pernah menjadi sebuah kerajaan yang benar-benar membela nasib rakyat DENGAN menepati semua janji yang diberikan kepada rakyat – dalam kempen pilihanraya, atau pun sebarang janji yang dibuat selepas itu.

Begitu yakinnya dengan kejayaan melaksanakan janji ini, kerajaan pada tahun 2012 menjadikan “Janji Ditepati” sebagai tema hari kebangsaan dan sememangnya rakyat pada waktu itu pun melihat kerajaan benar-benar melaksanakan janji-janjinya.  Bukan cakap saja atau cuba menipu rakyat untuk mendapatkan undi.

Antara lain, perlaksanaan program transformasi negara dan komponennya seperti pemberian BR1M, UTC, Klinik 1Malaysia dan sebagainya, semua itu dilaksanakan sebaiknya.

Menariknya, sekalipun tema tersebut mendapat bantahan hebat dari Pakatan Rakyat (PR) yang merupakan pakatan utama pembangkang pada waktu itu, tiada siapa di kalangan mereka yang berani mengatakan tema itu tak patut kerana kerajaan BN tidak melaksanakan janji.

Sebaliknya, apa yang banyak diperkatakan oleh golongan uneducated mereka di media social pada waktu berkenaan ialah, tema itu bersifat politik – sekalipun ramai juga berpendapat, yang lebihnya ialah kerana PR tidak melaksanakan janji-janji pilihanraya di negeri-negeri yang mereka perintah.

Itu sebab mereka “panas” dengan tema tersebut.

Begitu terkesannya PR dengan tema hari kebangsaan tersebut, PR mengadakan tema hari kebangsaan mereka sendiri – sekalipun tidak ada siapa peduli.

Itulah sedikit kisah mengapa saya memilih tema hari kebangsaan tahun 2012, “Janji Ditepati” sebagai pilihan terbaik dan menghampiri 100 hari pentadbiran baru ini, rasanya perkara ini perlu diingatkan selalu.

Biar rakyat ingat bahawa bukan tak pernah kerajaan negara kita mengutamakan dan menunaikan janji-janjinya kepada rakyat, pernah, tapi, dululah.

#takberanak2lagike?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker