Majlis Penasihat Kerajaan gagal beri nasihat berguna

Khidmat Majlis Penasihat Kerajaan sepatutnya ditamatkan kerana gagal memberi nasihat berguna kepada kerajaan dalam membangunkan negara.

Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam berkata, sebaliknya majlis tersebut hanya memberikan cadangan untuk menjadikan sandiwara kerajaan Pakatan Harapan (PH) dilihat lebih menyakinkan.

“Antara sandiwara yang dicipta adalah bahawa indeks petunjuk ekonomi kerajaan terdahulu palsu. Pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak 5.9% dikatakan tidak benar.

“Bukan itu sahaja, sandiwara lain kononnya hutang yang dibuat kerajaan terdahulu melebihi RM1 trilion,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.



Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang terus mempertahankan fungsi dan peranan Majlis Penasihat Kerajaan dalam membantu pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinannya.

Dr. Mahathir dalam sidang akhbar selepas merasmikan hospital pakar swasta Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) hari ini berkata, 
Majlis Penasihat Kerajaan masih diperlukan untuk membantu dalam melicinkan pentadbiran negara.

Dr. Mahathir ketika mengumumkan penubuhan Majlis Penasihat Kerajaan itu pada 12 Mei lalu berkata, tempoh jangka masa kewujudan majlis ini adalah 100 hari sahaja.

Lokman berkata, kewujudan Majlis Penasihat Kerajaan lebih berbentuk untuk memberikan alasan yang kukuh kenapa PH tidak mampu menunaikan janji-janji manifesto yang telah mereka tabur.



“Kewujudan melanjutkan tempoh khidmat majlis tersebut hanyalah membantu Dr. Mahathir mengenal pasti peluang-peluang yang boleh dicipta bagi anak dan kroni-kroni beliau sahaja,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker