Jawapan Abdullah Sani kepada pemimpin PPBM yang mengkritiknya.

Jawapan Abdullah Sani kepada pemimpin PPBM yang mengkritiknya.

Jawapan Abdullah Sani kepada pemimpin PPBM yang mengkritiknya.

Bukti ada pada Dr. M – Abdullah Sani

Bukti campur tangan pihak tertentu yang didakwa cuba menghalang pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ada pada Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Itu penegasan Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid apabila mengulas permintaan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang mahu beliau mengemukakan bukti jika benar ada campur tangan pihak tertentu yang menghalang pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-8.

“Bukti ada dua perkara. Bukti satu adalah chemistry antara Anwar dan Dr. Mahathir, yang keduanya bukti pada tubuh yang bercakap hendak bukti itu, itu bukti dia.

“Pada tubuhnya, pada Dr. Mahathirlah sebab dia yang akan mengenal pasti berapa lama dia mahu pegang, berapa lama dia nak serahkan, bila dia nak serahkan. Itulah buktinya,” kata Abdullah Sani ketika dihubungi Utusan Online hari ini.

Abdullah Sani yang juga calon Majlis Pimpinan Pusat PKR dalam satu acara kempen ‘Reformasi 20 tahun’ mendakwa Anwar tidak akan menjadi perdana menteri jika Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menewaskan Rafizi Ramli dalam perebutan kerusi Timbalan Presiden PKR.

Abdullah Sani mendakwa Azmin dan Daim berpakat untuk menghalang pelan peralihan kuasa yang telah dipersetujui parti komponen Pakatan Harapan.

Apabila ditanya mengenai sejauh mana tahap keyakinan beliau bahawa Dr. Mahathir akan menyerahkan kuasa kepada Anwar, Abdullah Sani hanya menjawab,”Kau(wartawan) yakin tak? Tak ada jawapannya? Ada pada kaulah. Maknanya kau dah ada jawapannya. Itulah jawapan dia.”

Sementara itu Abdullah Sani berkata, kenyataan beliau berhubung isu tersebut tidak akan mengakibatkan perpecahan dalam Pakatan Harapan.

Jelas Abdullah Sani, ini kerana PKR dan DAP mempunyai kerusi majoriti dalam Pakatan Harapan sementara pihak yang menuduh kenyataan beliau akan menyebabkan perpecahan dibuat oleh pihak yang mempunyai kerusi minoriti.

“Tidak akan tergugat. Gugat apa? Keadilan dan DAP sahaja ada dekat 100 kerusi. Tak tergugat langsunglah. Tak ada tergugat.

“Yang cakap semua ini bukan parti DAP ataupun PKR. Yang bercakap ini adalah parti yang minoriti. Jangan cakap pasal perpecahan. Perpecahan tidak berlaku begitu,” kata Abdullah Sani.

Sebelum ini beberapa ahli Bersatu memberi amaran agar Dr. Mahathir Mohamad dan Daim tidak dilibatkan dalam persaingan kem dalam PKR menjelang pemilihan parti itu.

Antaranya, Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Wan Saiful Wan Jan yang mahu ahli PKR beradab dan jangan memfitnah pemimpin parti lain.-UTUSAN ONLINE

Jawapan Abdullah Sani kepada pemimpin PPBM yang mengkritiknya.


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Mahathir dakwa ada pemimpin Bersatu setuju lompat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker