Kepada The Edge, Berapa Juta IPIC Bayar Anda?

oleh Ab Jalil Backer

Anda menulis kepada Dato Sri Mohd Najib Razak di bawah tajuk “Dear ex-PM, here is how 1MDB money was used to buy Equanimity.” Tajuk tersebut untuk menunjukkan bagaimana Jho Low “menyamun” duit 1MDB.

Anda memberi carta di bawah supaya rakyat yang uneducated percaya sepenuhnya tajuk berita anda dan percaya Najib bersengkongkol dengan Jho Low.

Anda memadamkan nama Aabar BVI dalam carta tetapi menulis nama syarikat tersebut dalam artikel anda “Two days after getting the loan, 1MEHL transferred most of the cash to Aabar BVI (British Virgin Islands), also known as the fake Aabar.”

Tujuannya supaya menunjukkan Jho Low ada urusan perniagaan dengan 1MDB bukan IPIC. Apakah anda dibayar oleh syarikat asing bagi merugikan 1MDB dan rakyat Malaysia?

Jalan cerita asal:

1MDB membayar Bon Jaminan dalam Aabar BVI berdasarkan perakuan IPIC ketika itu bahawa ia adalah anak syarikat mereka yang ditubuhkan menerima bon jaminan 1MDB (The payments were related to a guarantee for a bond placed by Goldman Sachs).

Hanya beberapa tahun selepas pembayaran dibuat, (iaitu pada 2016) IPIC menafikannya. Mustahil IPIC tidak sedar sebelum ini kerana perjanjian pelaburan tersebut dibuat dengan liputan meluas media antarabangsa.

Nama pemegang saham dalam Aabar BVI juga adalah nama dua orang pengarah utama IPIC iaitu Khadem Al Qubaisi, (Pengarah Urusan IPIC) dan Mohamed AL-Husainy, Ketua Pegawai Eksekutif Aabar Pjs (sebuah lagi anak syarikat IPIC). Nama kedua-dua mereka tertera dalam syarikat Aabar BVI.

Justeru jika Jho Low atau sesiapa sahaja menyalahguna wang 1MDB yang telah didepositkan dalam salah sebuah anak syarikat IPIC ia adalah skandal IPIC, bukannya 1MDB.

Tindakan IPIC memecat dan membekukan akaun Khadem dan Mohamed dengan jelas membuktikan kedua-dua mereka adalah orang yang bertanggungjawab terhadap dakwaan dan tuduhan penyelewengan ini.

1MDB sebagai syarikat yang membayar tidak boleh dipertanggungjawabkan atas penyelewengan membabitkan deposit mereka yang disahkan oleh orang nombor satu IPIC.

Recap: Skandal IPIC atau 1MDB? https://www.facebook.com/1244194023/posts/10215031647764999/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker