Mahathir The Great Tundukkan China, Arab Saudi, Indonesia dan Jepun Dalam 100 Hari

1. Hari ini kita menyaksikan Mahathir kembali sebagai pemimpin terhebat rantau ini. Dalam masa tidak sampai 100 hari beliau berjaya membuatkan China, Arab Saudi, Indonesia, dan mungkin Jepun, mengikut permintaan beliau walaupun melanggar undang-undang.

2. Presiden Indonesia, Jokowi Widodo antara mereka yang paling cepat dan awal tunduk kepada Mahathir. Jokowi melanggar semua undang-undang Indonesia dengan menyerahkan kapal layar Equanimity yang dikaitkan dengan ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low kepada Malaysia tanpa melalui proses perundangan negara tersebut.

3. Kapal layar tersebut ditahan atas arahan Mahkamah US, namun Jabatan Kehakiman US tidak dapat membawa ke Amerika Syarikat kerana keputusan penahanan dan penyerahan tersebut sedang dicabar oleh di Mahkamah Indonesia.

4. DOJ sebelum ini membuat kenyataan “Kerajaan dengan hormat memohon kepada mahkamah untuk melantik kerajaan US sebagai “custodian” Equanimity dan mengarahkan penuntutnya supaya menyerahkan Equanimity dimasukkan dalam jagaan kerajaan, supaya Equanimity boleh dibawa ke AS dan dilucuthakan.” Mahkamah Indonesia hanya membenarkan pasukan US mengambil alih penjagaan sementara mendengar perbicaraan.

5. Mahathir tidak perlukan apa-apa perintah Mahkamah Indonesia. Beliau hanya beritahu Jokowi kamu kena hantar kapal tersebut ke Malaysia, maka hari ini kapal tersebut sampai ke Pelabuhan Klang.

China
6. Kerajaan Malaysia secara terang menuduh China melalui China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB), anak syarikat kepada China National Petroleum Corporation (sebuah syarikat milik kerajaan China) telah membantu kerajaan Malaysia melakukan penggubahan wang haram melalui projek saluran paip gas.

7. Projek ini merupakan projek Kerajaan kepada Kerajaan (government to government – G2G). Jika projek G2G ini dianggap sebagai usaha penggubahan wang haram membabitkan berbilion ringgit maka tentulah China sendiri terpalit dengan tuduhan ini.

8. Anehnya, kerajaan China bukan sahaja tidak berbuat apa-apa malah Presiden China terpaksa menerima Tun Daim Zainuddin, wakil Mahathir tanpa sebarang jawatan rasmi dalam kerajaan bagi satu pertemuan di Beijing.

9.Apabila Mahathir ke Bejing nanti, China terpaksa “mencium tangan” Mahathir dan menerima apa sahaja permintaan Mahathir. China akan mengumumkan pelbagai kerjasama dan akan kembali membeli minyak sawit Malaysia secara besar-besaran.

Arab Saudi

10. Sebaik menang, pentadbiran Mahathir mnegumumkan akan menghentikan usaha membina Pusat Keamanan Raja Salman yang diumumkan oleh pentadbiran lalu. Keputusan ini merupakan satu tamparan hebat kepada Raja Salman dan kerajaan Arab Saudi sendiri.

11. Namun Arab Saudi tidak membuat apa-apa tindak balas. Jika dengan negara teluk lain, Arab Saudi mungkin sudah menghalau diplomat pulang, hari ini hubungan Malaysia – Arab Saudi berlangsung macam biasa.

12. Kehebatan Mahathir dalam menangani Arab Saudi sangat luar biasa. Jarang ada pemimpin Islam lain di dunia boleh memalukan Arab Saudi sedemikian rupa. Mahathir setaraf Muammar Gadafi, Saddam Hussien dan Ayatollah Khomeini.

Jepun

13. Mahathir ke Jepun lagi minggu ini setelah dalam lawatan sebelum ini beliau mengumumkan Jepun akan memberi pinjaman bawah 1% kepada Malaysia.

14. Percayalah minggu hadapan Mahathir akan mengumumkan persetujuan Jepun memberi pinjaman RM600 bilion untuk membayar hutang negara dengan kadar 0.7% seperti diramalkan oleh Astro Awani sebelum ini.

15. Jepun tidak pernah memberi pinjaman sebanyak itu pada kadar demikian. Malah sejak berdekad lamanya Jepun tidak memberi sebarang pinjaman dengan kadar sedemikian rendah kecuali untuk projek yang akan dibangunkan oleh mereka di negara tersebut.

16. Jika ini berlaku, Mahathir dalam masa 100 hari telah menundukkan Jepun juga.

Tahniah Mahathir! Cuma suatu ketika dahulu Mahathir membelasah George Bush dan US secara terbuka sebelum ada pihak membayar pelobi US berjuta US supaya Mahathir dapat bergambar dengan Presiden tersebut.

Yeah Mahathir The Great! The Greates Pharaoh Forever!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *