PRK Sg Kandis: Sebelum Mengundi, Semak 10 Janji Dalam 100 Hari, Apa Yg Dah Terlaksana?

Pengundi DUN Sg Kandis yang bakal menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat baru hari ini, disaran supaya menyemak semula janji-janji Pakatan dalam PRU14 yang lepas terlebih dahulu sebelum ke pusat pengundian.  Tengok apa yang dah terlaksana.

Bukan apa, nanti nampaklah keadaannya hidup kita ini, bukan seperti mana yang diharapkan selepas kerajaan bertukar tangan menghampiri 100 hari yang pertama.  Amat penting untuk menghantar wakil rakyat yang akan terus mendesak semua janji ini dilaksanakan dalam DUN Selangor, bukan kaki hangguk.

Kalau dulu alasannya hanya perintah negeri tidak perintah negara (sebab itu tidak boleh menyenangkan rakyat), sekarang dah perintah negara pun tapi 10 janji utama yang dirangka untuk mengubah kehidupan rakyat tu – dengan mengetahui hutang negara RM 1 trillion, nampaknya akan tinggal harapan sajalah.

Sesetengah kes tu bukan makin baik tapi makin teruk, contoh macam penjawat awam negeri, jauh lebih tinggi pulak lagi bonus mereka semasa BN perintah negara berbanding selepas BN kalah.

Perkara lain yang tidak berkaitan dengan memudahkan hidup rakyat tapi lebih kepada agenda tersirat parti komponen Pakatan seperti perlaksanaan UEC, isu mega remeh seperti nak kasut hitam ke putih dan sebagainya – itu pulak yang lebih banyak dibincangkan.

Rakyat tak boleh biarkan pendekatan menipu dengan menaburkan janji palsu untuk mendapatkan undi seperti yang didakwa banyak pihak terutama di media sosial, berlaku secara berleluasa dalam PRU14 yang lepas, dibiarkan terlepas tanpa dihukum.

Ingat, berapa ramai melopong bila minyak tak turun RM 1.50/liter atau tol menjadi percuma selepas PRU14 yang lepas? Padahal, itulah pun antara sebabnya kenapa rakyat mengundi pihak yang berjanji tu dulu  Pendekatan politik yang macam ini (menang dengan cara menipu/mengelirukan rakyat), perlu dihentikan.

Bimbangnya, nanti ada parti politik di masa hadapan janji benda tidak masuk akal pulak untuk menang.  Jangan terperanjat kalau ada janji seperti semua pasangan gay di negara ini akan mudah dapat zuriat kalau parti mereka menang dalam pilihanraya, ditabur waktu kempen!

Jika itu berlaku, kitalah yang membenarkan ke”uneducated”tan seperti ini berterusan dengan terus memberikan undi walaupun terbukti mereka menipu.

Di tangan pengundi Sg Kandis inilah pada hemat saya, terletak kuncinya.

One thought on “PRK Sg Kandis: Sebelum Mengundi, Semak 10 Janji Dalam 100 Hari, Apa Yg Dah Terlaksana?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *