UMNO beri laluan kepada Pas di Seri Setia

UMNO tidak akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia bagi memberi laluan kepada Pas sebagai tanda setiakawan antara kedua-dua parti itu.

Menurut sumber dari pejabat Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, selain sebagai tanda setiakawan, keputusan itu juga menunjukkan kesepakatan antara kedua-dua parti itu untuk membongkar pembohongan Pakatan Rakyat (PH)

Melalui kesepakatan itu termasuk di pilihan raya kecil DUN Sungai Kandis juga dapat memberi peluang kepada rakyat untuk menghantar mesej kepada kerajaan PH supaya menghentikan pembohongan sebaliknya menunaikan segala janji yang mereka luahkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Bagaimanapun menurut sumber itu, kesepakatan tersebut tidak bermakna UMNO dan Pas akan mewujudkan satu pakatan, sebaliknya akan bekerja sama dari semasa ke sesama jika perlu berdasarkan kepentingan rakyat dan demokrasi.

Kerusi DUN Seri Setia kosong ekoran kematian Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin akibat kanser usus semalam.

Pada PRU14, Allahyarham Dr. Shaharudin yang mewakili PKR menang kerusi itu dengan majoriti 19,372 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Yusoff M. Haniff; calon Pas, Mohd. Ghazali Daud dan calon bebas, S. Vigneswaran.

DUN Seri Setia mempunyai 52,650 pengundi berdaftar. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker