Penamatan tugas Rela tindakan cetek akal -Tok Mat

Penamatan penugasan kawalan keselamatan Rela merupakan keputusan ‘cetek akal’ kerajaan Pakatan Harapan yang menjadi tamparan hebat kepada anggota agensi itu.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, kerajaan hari ini tidak sepatutnya angkuh dalam membuat keputusan melibatkan dasar negara terutama membabitkan rakyat.

“Anggota Rela hilang punca pendapatan tambahan. Saya tak tahu apa punca penamatan ini. Tapi ini merupakan tamparan hebat kepada anggota Rela.

“Selain itu, tindakan ini juga menyusahkan orang ramai kerana perkhidmatan Rela bukan sahaja untuk pendapatan tetapi membantu masyarakat seperti tugas lalu-lintas dan soal keselamatan. Saya tidak tahu apa hikmah di sebalik penamatan ini. Cuma mereka tidak berfikir panjang,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat UMNO Bahagian Kota Raja di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai surat penamatan penugasan keselamatan anggota Rela di Pusat Khidmat Komuniti Rela yang menjadi tular sebelum ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *