Tunaikan janji manifesto Pakatan Harapan

Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan kerajaan Pakatan Harapan agar menunaikan setiap perkara yang dijanjikan kepada rakyat dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Najib berkata, ini kerana adalah tidak wajar dan tidak adil untuk sebuah parti politik mendapat kuasa dengan menipu rakyat.

“Janji tetap janji. Rakyat sepatutnya tidak tertipu dan menerima begitu saja sebarang alasan yang akan dibuat kerajaan Pakatan Harapan untuk lima tahun akan datang,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Kenyataan Najib itu merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad hari ini bahawa manifesto Pakatan Harapan bukan Bible berhubung pelantikan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Yusof sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Menurut Najib Barisan Nasional (BN) sangat berhati-hati untuk merancang manifesto parti itu bagi memastikan setiap perkara yang dijanjikan kepada rakyat ditunaikan.

“Kami melakukan semakan dan membuat pengiraan berkali-kali serta mungkin kami terlalu berhati-hati untuk menjanjikan perkara yang dapat kami tunaikan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker