Tarif Elektrik. Please be A Gentleman, Pakatan!a

Oleh Saiful Zaini Mohd Bokhari
Kampong Tempoyang, Kuala Lipis

Di kala pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional, segala kenaikan tarif di cemuh di caci oleh Pembangkang pada masa itu. Dikatakan kenaikkan tarif elektrik hanya menguntungkan kroni kroni IPP. (Mungkin mereka lupa IPP ini adalah peninggalan legasi Perdana Menteri kita sekarang!). Teruk juga TNB dicerca seolah olah TNB pun bersengkongkol sama menindas rakyat.

Apabila Kerajaan Pakatan mengambil alih pemerintahan, baru mereka sedar memerintah dan mentadbir bukan semudah membangkang sembarono!

Sebalik dari memberi jawapan yg jelas, fakta fakta yg kukuh memberi justifikasi kenapa tarif terpaksa di naikkan, ada usaha2 daripada pihak2 tertentu memutar belitkan fakta menyalah itu dan ini, org itu dan orang ini. You are the government now, deal with it!

Saya faham mungkin sebagai pembangkang sebelum nie putar belit nie dah jadi asam garam, sampai mereka terlupa yg mereka sudah menjadi Kerajaan. Old Habits Die Hard!… some people say.

Marilah kita jujur mengatakan pada rakyat perkara yg sebenarnya. Kerajaan tidak mempunyai pilihan tetapi menaikkan tarif elektrik berikutan daripada harga Gas Asli yg harga utk pasaran di Malaysia (yg harganya dikawal kerajaan) terpaksa dinaikkan sebanyak 77 sen per mmbtu (dan mungkin terpaksa dinaikkan lagi di masa hadapan).

Kerajaan juga perlu jujur yg kerajaan tidak mampu lagi dari berterusan mengekang harga gas asli pasaran tempatan, kerana harga Gas Asli pada pasaran dunia jauh lehih tinggi, dan kerana itu terpaksa sedikit demi sedikit harga gas asli tempatan terpaksa dinaikkan.

Berterus terang saja lah, Malaysia tidak mampu berterusan memberikan subsidi subsidi kepada Rakyat. Berterus terang jugalah, semua janji manis pilihanraya tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa impak kepada keadaan fiskal ekonomi. Lets call a spade, a spade shall we!

Remember, you are no longer the Opposition, you are the Government of the Day. Pls act like one.

.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker