Tahukah Anda Bahawa Konsep “3 Generation Of Punishment Rule” Wujud Di Korea Utara?

Mungkin ramai pernah mendengar tentang “3 generation punishment rule” yang dilaksanakan oleh kerajaan autokratik Korea Utara.  Tapi berapa ramai di kalangan kita yang tahu tentang perinciannya?

Akhbar The Telegraph yang berpengkalan di UK menjelaskan disini bahawa 3 generation punishment rule ini adalah antara beberapa cara digunakan kerajaan Korea Utara untuk mengawal rakyatnya dari berpaling tadah atau cuba menentang parti permerintah.

Bagaimana ia dilakukan?

Apabila seorang rakyat Korea Utara disyaki melakukan kesalahan tertentu di negara tersebut, dan dihukum kerja berat di concentration camp contohnya, bukan sahaja dia dan keluarganya akan menjalankan hukuman tersebut tapi 2 generasi yang selepas itupun akan menjalani hukuman yang sama.



Maksudnya kalau yang kena itu adalah seorang DATUK, bukan saja dia dan keluarganya akan dihantar ke concentration camp, malah keluarga ANAK-ANAKNYA dan keluarga CUCU-CUCUNYA juga akan dikenakan hukuman yang sama.

Datuk, anak, cucu, semua kena – sebab itu namanya 3 generation of punishment rules.

Sampai ke cicit, barulah akan dibebaskan agaknyalah.  Agak saja sebab The Telegraph tidak menyatakan apa jadi selepas generasi yang ketiga itu selesai menjalankan hukuman.

Begitulah zalim dan tidak masuk akalnya 3 generation punishment of rules yang diamalkan di negara Korea Utara ini.  Tapi ini berlaku di Korea Utaralah kan.



Takkanlah ada yang nak tiru kot?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker