Tabung Solidariti Bebaskan Datuk Seri Najib Razak

Kesedaran ramai pihak terhadap dugaan yang sedang ditempuh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendorong Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan mewujudkan tabung Solidariti Bebaskan Datuk Seri Najib Razak.

Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Razlan Rafii berkata, langkah itu diambil selepas menyedari Najib membuat rayuan mencagar rumahnya bagi membayar wang jaminan RM1 juta yang ditetapkan Mahkamah Tinggi, di sini semalam.

“Semua sedia maklum akaun Najib dan keluarganya telah dibekukan dan semua duit dalam rumah walaupun 10 sen telah dirampas pihak berkuasa, jadi sukar untuk beliau hendak membayar jaminan tersebut hingga Isnin ini.

“Jadi kami semua ahli UMNO dan rakyat Malaysia ingin menyumbang kepada Najib supaya beliau tidak terbeban sangat nak membayar baki (wang jaminan) RM500,000,” katanya selepas menziarahi bekas Presiden UMNO itu di kediamannya di Langgak Duta, di sini hari ini.

Jelas Razlan, tabung tersebut akan dibuka sehingga pukul 12 tengah hari Isnin ini sebelum diserahkan kepada anak Najib di mahkamah.

Katanya, matlamat utama tabung itu adalah mengumpul wang sebanyak RM500,000 sahaja dan ditutup serta-merta apabila jumlah itu berjaya dicapai dalam tempoh tersebut.

“Saya percaya, ramai yang menelefon saya ingin membantu malah ada yang masukkan wang RM1, RM2 dalam akaun dan menghantar gambar resitnya kepada saya. Alhamdulillah, ahli UMNO dan ramai rakyat yang ingin membantu Najib,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang kepada tabung tersebut boleh menyalurkan derma masing-masing ke dalam akaun CIMB Kelab Belia Berkhidmat 8601952060. – UTUSAN ONLINE

2 thoughts on “Tabung Solidariti Bebaskan Datuk Seri Najib Razak

  • July 6, 2018 at 12:34 AM
    Permalink

    MARILAH MENYUMBANG KE TABUNG SOLIDARITI DS NAJIB RAZAK..MEMBANTU DIA UNTUK MEMENUHI TUNTUTAN JAMINAN PADA 9 JULAI (ISNIN) INI..SEMOGA ALLAH SWT MERAHMATI KITA DAN MENGGANDAKAN REZEKI KITA-INSHA ALLAH..

    Jadilah HAMBA ALLAH YANG PEMAAF.. Kerana Allah SWT ITU MAHA PENGAMPUN.. RASULULLAH SOLALLAHU ALAIHI WASALLAM SANGAT PEMAAF WALAU BAGINDA MAHU DIBUNUH.. siapa lah kita mahu berlagak angkuh sombong melebihi Allah SWT dan RASUL S.A.W. ditakuti tercampak kita mengikut jejak langkah IBLIS LAKNATULLAH..yang akan menyesatkan hamba2-NYA masuk ke neraka.. jangan takkabur sombong samseng seperti pencacai2 Pakatan Harapak yang belum henti memaki hamun dan memfitnah beliau..

    marilah kita sama2 menyumbang seberapa yang mampu.. ingat ia kerana Allah demi membantu DS Najib ketika dia diuji susah. Semasa dia ingat pada kita..bantu rakyat dengan macam2 kita mungkin leka tidak pedulikan penat lelahnya dimaki dicerca difitnah atau terikut dengan rentak jahat pakatan haprak.. dia sudah meminta maaf berkali2 walaupun dia belum dibuktikan bersalah..itu tanda mulianya hatinya… Maafkanlah dia.. sebagai umat Islam, jadilah insan pemaaf pada orang yang memohon kemaafan… Allah SWT itu sendiri MAHA PENGAMPUN … MAHA MENGASIHANI.. siapalah kita nak berlaku ANGKUH SOMBONG untuk tidak memaafkannya.. apakah kita mahu berlagak takkabur melebihi Tuhan dan Nabi lalu mengikuti jejak langkah SYAITAN yang DIREJAM? Atau mengikut bisikan jahat pengikut dajal pakatan??

    Cara kita menerimaa maafnya walaupun dia tak bersalah, ialah dengan berilah sedikit sumbangan ikhlas buatnya.. HANYA ADA MASA 3 HARI SAHAJA LAGI.. sama ada dia kaya atau susah itu bukan kerja kita.. yang pasti dia sangat perlukan kasih sayang dan perhatian kita sebagai bekas pemimpin Muslim.. yang pasti niat IKHLAS KITA Allah yang akan BALAS dengan GANJARAN-NYA..sebab niat kita suci untuk insan yang dizalimi..Insya Allah.. Amiin.

    wallahualam..

    Reply
  • Pingback:Tabung Solidariti Bebaskan Datuk Seri Najib Razak | Malaysia Updates News Portal

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.