SST akan naikkan harga kereta dan perkhidmatan

Seorang penganalisis menjangkakan peningkatan harga kereta dan perkhidmatan apabila cukai jualan dan perkhidmatan (SST) diperkenalkan semula pada September depan.

Firdaos Rosli, ahli ekonomi di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) berkata, beliau menjangkakan kadar SST paling kurang 10%, yang merupakan kadar yang terpakai sebelum ia digantikan dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6% pada 2015.

Beliau berkata, rakyat akan membayar lebih 4% cukai penggunaan bermula September depan sekiranya kadar SST ditetapkan pada 10%.

Ini akan meningkatkan harga kereta baru dan terpakai, selain perkhidmatan yang tidak dikawal seperti perhidmatan servis dan membaiki kenderaan, katanya.

“Tetapi pada amalinya, harga akan meningkat melebihi 4%,” katanya. Ini kata beliau berpunca daripada “tingkah laku memaksimumkan keuntungan” dalam kalangan peniaga.

Beliau juga berkata SST yang dikenakan oleh peniaga minuman dan makanan serta syarikat utiliti akan menyaksikan pengguna membayar lebih banyak bagi makanan di restoran, bil elektrik, air paip dan khidmat internet.

GST dilaporkan menyumbang sebanyak RM43 bilion setahun kepada hasil kerajaan. Firdaos berkata, pada kadar 10%, SST hanya menyumbang sebanyak RM17 bilion kepada kerajaan.

“Oleh sebab kutipan SST sebanyak 10% membawa masuk hasil lebih rendah daripada GST 6%, saya tidak nampak kemungkinan kadar baru SST lebih rendah daripada 10%,” katanya.

Katanya kerajaan perlu mengemukakan maklumat terperinci berkaitan peningkatan harga bagi membuktikan dakwaan ia komited pada prinsip ketelusan.

“Beritahu rakyat dengan jelas apakah yang akan naik harga dan berapa banyak. Berikan gambaran yang jelas seperti dilakukan negara maju dan beritahu kenapa. Saya fikir begitulah sepatutnya Malaysia baru.”

Firdaos berkata pengenalan cukai hanyalah satu faktor yang boleh menyebabkan inflasi. Faktor lain termasuklah peningkatan upah dan bantuan kewangan seperti BR1M.

Tetapi katanya, inflasi biasanya bersifat kitaran dan kadang-kadang perlu untuk pertumbuhan.

“Peningkatan harga adalah petunjuk bahawa permintaan melebihi penawaran. Apabila penawaran bertambah seimbang dengan permintaanm harga akan kembali normal. Selepas beberapa ketika, upah akan meningkat dan akan menambah permintaan.”

Seorang lagi pakar ekonomi, Yeah Kim Leng dari Universiti Sunway, menggesa kerajaan mengeluarkan panduan harga bagi menyekat peniaga menaikan harga secara tidak adil.

Beliau menjangka harga makanan dan barang keperluan lain tidak berubah kerana ia tidak tertakluk kepada GST dan besar kemungkinan tidak juga tertakluk kepada SST.

Namun katanya, pengeluar mungkin menggunakan kenaikan kos akibat SST sebagai alasan menaikkan harga.

“Kerajaan lepas mengeluarkan panduan harga sebelum dan selepas sewaktu GST diperkenalkan,” katanya. “Kita juga perlukan panduan sedemikian dengan SST.”

FMT

Related Articles

2 Comments

  1. Untuk mengelakkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan menjadi terlalu ketara bermula September nanti, harga barangan dan perkhidmatan sudah mula dinaikkan kembali tak sampai sebulan selepas GST diletakkan pada kadar sifar. Rakyat Malaysia ditipu di siang hari.

    Apa boleh buat, majoriti rakyat telah memilih untuk menyerahkan labu kepada tikus untuk dibaiki..

  2. Kena kencing la rakyat semua dengan teori hancing Pakatan kononnya tanpa gst semua barang murah

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker