Sampai bila kelonggaran guna bahasa Inggeris harus diberikan

Budayakan bahasa Melayu dalam urusan mahkamah

Kontroversi penguasaan bahasa Melayu yang lemah oleh Peguam Negara, Tommy Thomas menghangatkan kembali perbincangan berkaitan kewajaran penggunaan bahasa Melayu dalam urusan mahkamah seperti yang terkandung dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.

Menurut Seksyen 8 akta berkenaan, segala prosiding, selain pemberian keterangan oleh saksi dalam setiap peringkat mahkamah hendaklah dijalankan dalam bahasa kebangsaan kecuali atas perintah mahkamah.

Mengulas perkara tersebut, tokoh bahasa, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim berkata, beliau sudah sekian lama kecewa dan sedih dengan sikap sesetengah pengamal undang-undang yang menggunakan kekecualian dalam akta berkenaan untuk menjadikan penggunaan bahasa Inggeris dalam mahkamah sebagai amalan biasa.

Beliau berkata, tokoh bahasa sudah lama mendesak supaya bahasa Melayu digunakan dalam setiap urusan rasmi, namun pengecualian diberikan dalam beberapa keadaan untuk urusan mahkamah dengan tujuan untuk mencapai keadilan.

“Memang kelonggaran ada diberikan untuk urusan mahkamah, tetapi ramai peguam menggunakan alasan ini untuk tidak menggunakan bahasa Melayu dalam perbicaraan.

“Sampai bila kita mahu memberikan kelonggaran begini? Sepatutnya jika kita tidak mahir, kita belajar dan berusaha meningkatkan penggunaan bahasa Melayu kita,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

One thought on “Sampai bila kelonggaran guna bahasa Inggeris harus diberikan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.