Rakyat Hanya Mahu Keadilan Untuk Najib

RAKYAT faham dek kerana gagal melaksanakan janji yang ditaburkan sendiri, kerajaan hari ini perlu mencari sesuatu untuk mengalihkan perhatian rakyat.  Bukan setakat gagal menunaikan janji yang hampir semuanya menjuruskan kepada menurunkan kos sara hidup, tarif elektrik untuk pengguna komersial dan pengguna rumah (>300kWj sebulan) pun dinaikkan baru-baru.

Sudahnya, dari janji menurunkan kos sara hidup satu pun tak berbuat, segala-galanya naik mencanak sekarang ini.  Paling terbaru, kos pembinaan ECRL yang dulu hanya bernilai RM 55 billion, hari ini sudah bernilai RM 81 billion dan anehnya, ia tetap diteruskan!!  RM 55 bilion pun sudah dakwa akan menyebabkan kedaulatan negara tergadai dan rakyat berhutang, RM 81 billion apa lagi?

Tak hairanlah kenapa berita Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa di Mahkamah hari ini (semalam), atas 4 pertuduhan berkaitan dana RM 42 juta milik SRC International begitu sekali diperbesarkan media pro kerajaan.

Kalau lihat di media sosial, memang ramai yang mencadangkan begitu (sengaja diperbesarkan untuk mengalihkan perhatian).  Apa pun. soal pendakwaan ini kita serahkan kepada Mahkamah saja untuk memutuskan, yang dibincangkan ini adalah dari segi persepsi rakyat di media sosial.  Yang penting Najib perlu mendapatkan keadilan yang sebenarnya, bukan lain dari itu seperti yang dibimbangkan sesetengah pihak seperti mana dituduh berlaku pada tahun 1998 dulu membabitkan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun pimpinan kerajaan hari ini rata-rata dibarisi muka baru berbanding 1998, tapi ketuanya adalah orang yang sama, tak hairan ada yang melihat pendakwaan Najib sama seperti ulangan 1998 – cuma tidak ada mata lebam.

Itupun ramai yang teruja, tak sedar ke sedang menanggung kos sara hidup yang semakin meningkat?  Pendakwaan Najib akan menguntungkan mereka macam mana?

Jangan hairan kenapa perkara seperti ini boleh berlaku.  Seperti diumumkan, Malaysia ada begitu ramai orang tidak berpelajaran (uneducated person) dan tak hairan sedikit divertion yang macam ini pun, boleh menutup deria rakyat dari bercakap tentang janji-janji manis yang sekarang hanya tinggal air liur.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker