PUTERI UMNO : MARILAH RAPATKAN SAF, TERUS BERSETIA BERSAMA PERJUANGAN PARTI

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Berkenaan keputusan Yb Mas Ermieyati Samsudin Mantan Ketua Puteri UMNO Malaysia merangkap ahli Parlimen Masjid Tanah umum keluar UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas.

Saya amat terkejut dan kesal dengan keputusan yang dibuat beliau. Sebagai seorang yang pernah menjadi ‘boss’ dalam puteri UMNO,kami mengharapkan beliau terus bersama-sama dalam saf perjuangan.

Amat tidak wajar jika keputusan Pemilihan UMNO semalam menjadi antara faktor penyebab beliau meninggalkan parti kerana sebagai pemimpin yang mendokong amalan demokrasi, kita sepatutnya akur,terima keputusan para perwakilan UMNO dengan beralapang dada.

Dalam perjuangan setiap individu mempunyai prinsip dan ideologi nya sendiri.
Saya berlapang dada dalam soal ini dan mendoakan YB Mas Ermieyati Samsudin berjaya melaksanakan tugas sebagai pemimpin yang di pilih rakyat (atas tiket UMNO/BN) di kawasannya dengan cemerlang.

Puteri UMNO akan terus melaksanakan perubahan dalam menangani penghijrahan dikalangan ahli yang sedia ada agar rapatkan saf dan terus yakin pada wadah perjuangan ini.

Saya sebagai Ketua Sayap bongsu UMNO ini mengajak semua ahli-ahli terus istiqomah, tetapkan pendirian, teruskan perjuangan dan kita bangkit bersama-sama memperkukuh parti dan kembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO..

ZAHIDA ZARIK KHAN
Ketua Puteri UMNO Malaysia
(1 July 2018)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker