NGO gesa polis siasat Dr. Mahathir, Mohd. Shukri

Polis digesa menyiasat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull kerana didakwa memfitnah dan cubaan membalas dendam terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Gabungan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat dua laporan polis terhadap individu terbabit masing-masing di Shah Alam dan Cheras, di sini hari ini.

Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa, semenjak tiga tahun lalu, Dr. Mahathir telah menuduh Najib mencuri wang milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.6 bilion.

“Namun kelmarin tiada satu pun pertuduhan terhadap bekas Perdana Menteri itu berkait dengan kes tersebut dan hanya bertujuan menghilangkan kepercayaan rakyat terhadap Najib,” dakwanya dalam sidang akhbar di hadapan Pusat Beli Belah Sogo, di sini.

Tambah Lokman, laporan polis terhadap Mohd. Shukri pula dibuat selepas beliau didakwa membekukan akaun bank milik ahli keluarga termasuk cucu Najib, Adam Razak yang disifatkan sebagai perbuatan membalas dendam.

“Tindakan SPRM membekukan akaun ahli keluarga Najib merupakan satu niat jahat untuk menggagalkan usaha membayar separuh lagi wang ikat jamin Najib pada Isnin ini.

“Kita buat laporan polis ini supaya mereka disiasat dan rakyat dapat melihat sendiri pembohongan dilakukan mereka seterusnya tindakan pembubaran Parlimen dapat diambil untuk membentuk kerajaan yang baharu,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

4 thoughts on “NGO gesa polis siasat Dr. Mahathir, Mohd. Shukri

  • Pingback:NGO gesa polis siasat Dr. Mahathir, Mohd. Shukri | Malaysia Updates News Portal

  • July 8, 2018 at 3:49 PM
    Permalink

    Polis nak siasat SPRM? x percayalah polis nak buat. Sebab kedua2nya dah x de kredibiliti. Dah macam pemakan dedak PH je.

    Reply
  • July 8, 2018 at 6:20 PM
    Permalink

    Polis juga harus mengikut undang-undang menjalankan penyiasatan,seumpamanya dalam kes DSN,saya rasa pegawai bercakap terlalu banyak kepada media, adakah mereka dibenarkan berbuat demikian ikut undang,barang-barang dirampas itu adakah mendapat pengakuan dari tuan punyanya? penilaian barang-barang dirampas itu adakah dibuat olih professional ?,,,,,emas bolih ditimbang,tetapi bagaimana barang-barang lian?

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.