Menjawab KERA Di Media Sosial, Kenapa Kutipan Derma Untuk Najib WAJIB Diadakan?

Beberapa pihak berkaitan kerajaan di media sosial, cuba mempertikaikan tindakan penyokong Perdana Menteri ke 6  Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan kutipan derma bagi membantu beliau untuk membayar wang jaminannya yang berbaki RM 500,000 Isnin nanti.

Kata mereka Najib ini kaya, anak bekas Perdana Menteri, pernah menjadi Perdana Menteri, Menteri, Menteri Besar dan lain-lain, buat apa nak bagi derma kepadanya?  Jelasnya, semua yang mengatakan sebegitu ni sebenarnya tidak menggunakan akal.

Tak hairanlah kerana, mereka adalah penyokong kerajaan – golongan yang dikategorikan sebagai uneducated.  Puak bodoh ini terlalu percaya dengan janji dalam manifesto Pakatan sehingga menyerahkan negara ini kepada mereka untuk diuruskan.  Apa bila dah berkuasa, satu apa pun dari janji itu masih tidak dilaksanakan, termasuk 10 dalam 100 hari yang pertama.

Benda yang tak dijanjikan seperti tamat perkhidmatan kakitangan kontrak, tutup agensi-agensi tertentu sehingga menyebabkan ribuan berhadapan risiko (atau telah?) kehilangan kerja, menaikkan tarif elektrik, naikkan minyak, batal bantuan sara hidup nelayan dan sebagainya, itu pulak yang dilaksanakan dulu.

Anyway, balik pada cerita tabung tadi, apakah kelompok ini sedar, kaya macam mana pun Najib kalau dah duit dalam rumah dirampas, akaun bank semua ahli keluarga (termasuk cucu 10 bulan dan anak berpenyakit kanser) pun dibekukan, nak bayar macam mana ikat jamin tu?

Kawan-kawan pun takut nak menyumbang agaknya, bimbang kalau-kalau selepas memberikan sumbangan itu, akaun mereka pulak “masuk peti ais” juga.  Kebimbangan ini berasas sebab difahamkan akaun yang ditubuhkan UMNO Pekan untuk membantu Najib membayar jaminannya yang berbaki itu, turut dibekukan.

Jadi takkan nak biarkan saja ke?

Sebab itu rakyat amat menyokong tindakan mengadakan tabung untuk membantu membayar wang jaminan Najib ini.  Walaupun kita sedar kehidupan sekarang ini begitu sukar kerana kos sara hidup yang meningkat, tapi perlu diingat juga Najib banyak berjasa kepada rakyat sepanjang pemerintahannya, sedikit sumbangan tidak akan menjadikan sesiapa papa kedana.

Tabung Solidariti Bebaskan Datuk Seri Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker