Masa Bertanding Dah Tamat, Masa Untuk Kembali Berpadu Bermula

TAHNIAH diucapkan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas kejayaan beliau menjadi Presiden UMNO ke-8 dalam pemilihan parti yang tamat semalam.  Pemilihan Zahid menepati kehendak ahli-ahli UMNO yang mahu melihat perubahan dan dalam masa yang sama meneruskan kesinambungan kepimpinan parti.  Tahniah juga diucapkan kepada Datuk Seri Mohammad Hassan yang menang jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Parti berada dalam keadaan yang agak tertekan dengan beberapa tindakan yang dikenakan baru-baru ini.  Penting untuk UMNO mempunyai kepimpinan yang kuat untuk mengharungi semua tekanan ini bagi meneruskan mandat yang diberikan rakyat dalam PRU14 yang lepas.

Gandingan ini diharap mampu membawa UMNO kembali ke zaman kegemilangannya supaya dapat kembali memimpin negara.

Dalam masa yang sama, kita juga tidak melupakan 4 calon lain untuk jawatan Presiden UMNO yang tewas, terutama sekali 2 calon favorite, YB Khairy Jamaludin dan YB Tengku Razaleigh Hamzah.  Bercakap tentang Khairy dan sokongan yang diperolehinya untuk jawatan ini, UMNO rasanya sudah tidak perlu bimbang tentang siapa akan memimpin parti – sekurang-kurangnya dalam tempoh 10-15 tahun akan datang dengan adanya beliau yang pada ketika ini baru berusia 42 tahun.

Buat Tengku Razaleigh, selagi hayat dikandung badan selama itulah usaha perlu diteruskan.

Apa pun, masa bertanding dah tamat, ini masa untuk bersatu padu kembali.  Kekuatan UMNO tidak sahaja terletak kepada pimpinannya tapi juga kepada kesatuan ahli-ahlinya.  UMNO perlu dikukuhkan segera, parti perlu diutamakan dalam apa juga keadaan.

Berpecah belah tidak akan membawa kita kemana-mana.

-adamyan-

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker