Kelemahan PH ditutupi dengan kes Najib

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dilihat cuba menutup kelemahan demi kelemahan dalam mentadbir negara ini dengan cara mengalih perhatian rakyat kepada kes pendakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Exco Pemuda UMNO, Shahrul Nasrun Kamarudin berkata, antara kelemahan itu ialah kelewatan mengumumkan barisan penuh Kabinet diikuti kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengenai jumlah sebenar hutang negara sehingga menimbulkan perasaan tidak yakin pelabur.

Turut dipertikai katanya, penubuhan Tabung Harapan kononnya untuk rakyat secara sukarela membantu kerajaan mengurangkan beban hutang negara sedangkan Bank Dunia menyatakan Malaysia tidak akan bankrap meskipun benar hutang negara berjumlah RM1 trilion.

“Kegagalan kerajaan dalam mengawal harga barang walaupun GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) ditetapkan pada kadar sifar membuatkan banyak pihak meragui kemampuan PH mentadbir kerajaan.

“Selepas itu, DAP pula tidak berpuas hati dengan pengagihan jawatan dalam Kabinet dan menempelak Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai tidak menghormati DAP yang mempunyai kerusi kedua terbanyak selepas pilihan raya lalu,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Shahrul Nasrun, selepas satu persatu kelemahan dipertontonkan, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat tumpuan rakyat tidak seharusnya fokus kepada kelemahan kerajaan kerana mereka boleh kembali menyokong Barisan Nasional (BN).

Katanya, bagi menutup kelemahan itu, Najib perlu diheret ke mahkamah secepat mungkin dan hasilnya, ramai berpendapat pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau dibuat secara terburu-buru.

“Sebaik sahaja Najib dihadapkan ke mahkamah, rakyat tidak lagi bercakap mengenai kegagalan kerajaan mengawal harga barang, kenaikan tarif elektrik, jumlah sebenar hutang negara dan janji 100 hari Pakatan Harapan.

“Sebaliknya, tumpuan rakyat beralih dan fokus kepada isu bekas Perdana Menteri dituduh salah guna wang milik SRC International berjumlah RM42 juta.

“Begitulah bijaknya Tun Mahathir dan perkara ini masih tidak disedari kerana sejak Najib dihadapkan ke mahkamah, rakyat hanya bercakap mengenainya dan orang UMNO pula kini fokus mengecam Peguam Negara, Tommy Thomas hanya kerana tidak fasih berbahasa Melayu,” katanya.

Sehubungan itu, Shahrul Nasrun menyeru ahli UMNO kembali fokus kepada matlamat memulihkan parti selain terus membuktikan PH tidak mampu menunaikan janji mereka yang bersifat populis demi meraih sokongan rakyat semata-mata. – UTUSAN ONLINE

4 thoughts on “Kelemahan PH ditutupi dengan kes Najib

  • July 6, 2018 at 5:30 PM
    Permalink

    Aku rela dan redha jika rumah aku diruntuhkan semata2 utk halaukan satu HANTU JEMBALANG yg mengganggu kesejahteraan kehidupan anak cucu aku. Biar terpaksa berteduh di pondok kecil pun tak mengapa sebab rumah yg akan diganti nanti walaupun mungkin kecil tetapi akan beri keselesaan, aman dan sejahtera utk generasi yg akan datang.

    GST = Gomen Sudah Tukar. Orang Melayu tidak lagi ditindas dan dicucuk hidung semata2 kononnya utk mengekalkan KETUANAN MELAYU. Memang Najib mahu jadi Tuan kepada bangsa Melayu.

    Reply
    • July 6, 2018 at 8:34 PM
      Permalink

      Kita tengoklah sapa ‘Hantu Jembalang’ tu sebenarnya…? Masih awal lagi broe. Tgklah nanti kena duduk sampai dalam jamban kot. Takpa janji GST. Gomen Sudah Tukar….

      Reply
  • July 6, 2018 at 10:39 PM
    Permalink

    Tapi dengan 0 GST, harga barang x turun kecuali kereta. Maknanya, peniaga masih mengutip GST tetapi x bayar pada kerajaan. Peniaga untung rakyat masih tetap bayar GST, kerajaan x de hasil. Rakyat tertipu.

    Reply
  • July 6, 2018 at 11:46 PM
    Permalink

    Bro.. si macai mahababi Qalam Qabut ni pencaci tegar cash king mahakutty.. die ni akan berak di merata blog untuk maki Najib dan jilat Mahakutty. jangan siarkan komen si bedebah ini..

    bagi dia melayu gay jahanama jadi Menteri dan staf KBS takpe jangan bagi UMNO bangunkan Tahfiz dan Pondok!

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.