Ini kisah kemanusiaan bukan catatan politik, buat SPRM

oleh Ab Jalil Backer

Baik atau buruk beliau telah menyumbang kepada negara dan rakyat. Beliau percaya sebagai Presiden parti, beliau berhak mempunyai dana politik sendiri bagi membantu parti dan rakyat.

Dari dana tersebutlah beliau telah membantu ramai orang termasuklah mereka yang sakit dan memerlukan bantuan.

Jika beliau mahu membeli undi tidak perlulah memberi sumbangan kepada yang sakit, anak yatim dan pertubuhan bukan kerajaan. Cukup beliau membayar pengundi ketika pilihan raya.

Hakikatnya bukan itu tujuan beliau. Maka ramailah pesakit dan pertubuhan kebajikan menerima sumbangan dari akaun beliau.

Hari ini akaun mereka dibekukan kerana sumbangan tersebut. Malah akaun keluarga Najib Razak juga dibekukan walaupun tidak menerima dari dana tersebut.

Ada akaun pesakit buah pinggang, cedera kemalangan, pertubuhan kebajikan, ahli politik, syarikat yang dibayar untuk pelaksanaan kerja telah dibekukan.

Semua ini membabitkan kehidupan seharian ramai orang yang tidak ada kena mengena dengan pergaduhan politik Mahathir – Najib.

Semua mereka ini tidak ada kena mengena dengan “personal vendetta” Ketua Persuruhjaya SPRM, bekas Peguam Negara dan bekas Gabenor Bank Negara.

Apa nasib mereka ini? Apa nasib para pekerja yang tidak dapat menerima gaji kerana akaun syarikat mereka dibekukan? Apa nasib anak yatim dan orang miskin yang menerima bantuan dari pertubuhan yang dibekukan akaun? Apa nasib para pesakit yang akaun mereka dibekukan?

Tidak semua orang ada keistimewaan simpanan dan kewangan seperti tiga orang mabuk kuasa dalam task force menyiasat Najib Razak.

Di Amerika Syarikat hanya akaun yang disyaki melaburkan wang haram sahaja dibekukan. Tidak pula kita dengar akaun pemilik lukisan yang menerima wang pembelian dari Jho Low dibekukan. Tidak pula kita dengar akaun penjual kapal layar kepada Jho Low dibekukan.

Sekarang akaun keluarga Najib Razak yang tidak ada kena mengena dengan dana tersebut juga dibekukan.

Ada anak Najib yang dirawat kanser juga tidak lagi mampu membayar kos perubatan kerana tindakan ini.

Ramai orang Islam yang menganut demokrasi bukan sahaja lupa konsep keadilan dalam Islam tetapi juga tidak memahami konsep keadilan dalam demokrasi.

Apa yang berlaku sekarang ialah kezaliman yang berselindung di sebalik slogan anti-rasuah dan anti-korupsi.

Saya pernah menulis bahawa korupsi moral lebih berbahaya dari korupsi material. Hari ini terbukti benar bila mereka yang “mabuk darah” diberi kuasa.

Mungkin SPRM sendiri tidak memahami konsep keadilan sebenar dalam penguatkuasaan undang-undang.

Kenyataan media berkenaan akaun Umno dibekukan oleh SPRM

Related Articles

5 Comments

  1. Dendam kesumat melekat hitam di dalam hati, Tuhan akan membalas kezaliman!

  2. Nak buat cam mana, CPI 2017 pun nombor 62. Nak kata SPRM ni bagus ke dalam memerangi rasuah, pun tidak juga. Apa kisah kes tapak perniagaan di masjid india, senyap je. Kes lim guan eng pun senyap je. Hadap je lah semua ni untuk 5 tahun lagi

  3. Ceteknya pandangan penulis yg bernama Ab Jalil Backer.

    1. Takkan nak halalkan perbuatan Najib merompak harta negara semata2 utk membantu orang sakit dan miskin.

    2. Najib menabur BUDI supaya dapat dibalas dgn UNDI. Dia menjaja segala khidmat dan baktinya supaya dikenang dan dibalas agar dia terus dapat kekal berkuasa.

    3. Dia menabur segala bonus dan insentif dalam bentuk wang ringgit dalam moneyfestonya. Dia cuba membeli undi. Tetapi dalam masa yg sama dia cuba mengorek lagi hutang negara sambil menyimpan sebahagian utk dirinya sendiri.

    4. Najib menjerut ekonomi orang Melayu terutamanya, dengan menarik segala macam subsidi dan mengenakan GST. Dan dia pulangkan seciput dari penjimatan itu kepada rakyat sebagai tanda prihatin dirinya. Dia mahu orang Melayu terus menyokongnya sambil mengharap dedak yg ditabur terus berkekalan.

    Pakatan Harapan memang di PRU 14 bukan kerana rakyat sukakan Tun M atau DAP, tetapi kerana BENCIkan Najib.

  4. bukan doa Najib & anggota keluarganya saja malah doa pesakit2(rakyat) yang memerlukan(tapi sengaja dinafikan akibat tempias dendam kesumat terhadap Najib) bantuan juga akan cepat dimakbul oleh tuhan kerana telah dianiaya dengan pembekuan aset ini

  5. 1. buktikan dulu baru nak tuduh. (baru tangkap dan freeze)
    2.duit derma tak ada nama 1mdb atau najib … pilihan raya boleh pangkah kita suka … tak suka jangan gatal pangkah
    3. siapa nak bagi dia punya suka lah ….. janji tepati janji menifesto tak kira kepatian … kalau derma kat masjid tu rasuahlah ? akaun masjid mana kena beku sebabkan najib? ingin nak tahu
    4. 430 billion rizab paling tinggi dalam sejarah … bantuan brim … hospital … ini semua untuk pass kat atok madey kan

    ambil bola lontar kat highway yang penuh dengan kereta laju …. anjing nampak dia kerja bola tu….!!!!!! anjing pun boleh kena tipu sebab bola … manusia pun boleh kena tipu sebab janji manis

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker