Cerita Menteri Ala-Ala Marhaen Ni Dah Lapuklah

Dua menteri menjadi sasaran di media sosial semalam. Pertama tentang seorang Menteri yang memandu dengan kereta sendiri ke Kementerian yang baru diterajuinya, satu lagi ialah Menteri yang kelihatan kelam kabut untuk menjawab tentang penganjuran LIMA yang akan diadakan tahun depan.

Bercakap tentang Menteri yang memandu sendiri itu, apa yang hebat sangat mengenainya? Ia boleh jadi sehari dua sahaja kerana urusan menggunakan kenderaan rasmi yang belum selesai dan sebagainya. Dulu pun kita sudah melihat seorang bekas Ketua Menteri menaiki penerbangan kelas ekonomi pada awal pemerintahannya sehingga menjadi keterujaan penyokongnya di media sosial.

Sekali itu sajalah, lepas tu ada lagi tengok dia naik kelas ekonomi? Mana ada.

Begitu jugalah halnya dalam isu Menteri memandu kenderaan sendiri ni. Perkara ini pun tak usahlah diperbesarkan sangat oleh pihak-pihak tertentu. Nak bodek pun agak-agaklah, apakah kalau besok dia menaiki kenderaan rasmi mewahnya, ada yang berani nak mengutuk ke?

Yang patut dipersoalkan sekarang ialah kegagalan parti pemerintah yang diwakili Menteri tersebut melaksanakan janji-janji manis dalam pilihanraya yang dulu, bukan soal mereka naik kereta apa pergi kerja?

Janji itu yang penting kerana janji itulah dulu rakyat memberikan undi dan melihat mereka menang. Mana ada cerita pandu kenderaan sendiri pergi kerja ni? Itu satu hal, satu hgal lagi, ada berapa ramai menteri pulak sekarang, berapa ramai yang bawak kereta sendiri pergi kerja?

Tentang Menteri yang tidak tahu mengenai penganjuran LIMA tu, saya akan mengulas ditulisan yang lain. Bukan soal Menteri sekarang ni sebab penganjuran LIMA ada acara negara yang telah dianjurkan sejak 1991. Patut semua orang tahu, bukan Menteri ni budak lagi pun, tua dah.

 

One thought on “Cerita Menteri Ala-Ala Marhaen Ni Dah Lapuklah

  • July 6, 2018 at 1:18 PM
    Permalink

    Haha.. Bodohnya menteri askar ni.. Da terang² moderator tu sebut dwitahunan.. Nak buat lawak pun, pi la studio astro warna. Lebih memalukan, ni stesen tv kerajaan..

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.