Anwar Nak Jadi Presiden PKR? Eloklah, Tak Pernah Bertukar Pun Presiden Tu

Ditengah-tengah kegagalan pentadbiran baru menurunkan harga barang dan kos sara hidup seperti yang digembar-gemburkan dalam kempen PRU14 dan sebelum itu, dikhabarkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil alih jawatan Presiden PKR yang sekarang disandang Datuk Seri Wan Azizah Ismail sejak 1999.

Pada telinga yang tak tahu, nampak macam etika pemilihan yang biasa, apatah lagi UMNO baru selesai dengan pemilihannya dimana Presiden baru dipilijh, orang ingat benda sama juga sedang berlaku dalam PKR dengan pengumuman tersebut.

Tapi ini PKR, mana ada yang biasa tentang mereka.

Pertama, PKR ditubuhkan pada tahun 1999 seiring gerakan reformasi yang bermula pada ketika itu.  Presiden pertama PKR, ialah Datuk Seri Wan Azizah, jawatan itu tak dicabar sesiapa sehinggalah sekarang – hampir 20 tahun dah.

Kedua, walaupun Presiden, yang semua orang faham, ketua sebenar ialah Datuk Seri Anwar atas sebab penubuhan itu berasaskan gerakan reformasi yang digerakkan beliau pada tahun 1998 selepas pemecatannya dari jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Dr. Mahathir.

Lagipun DS Anwarkan suami kepada DS Azizah, tak hairan ramai faham begitu.

Sementara parti-parti lain bertukar ganti Presiden, PKRlah antara, kalau bukan satu-satunya parti dalam negara ataupun dunia ini (kot?) yang tak pernah berganti Presiden sejak penubuhannya.  Ironinya, PKR adalah antara peneraju dalam gerakan UBAH bersama DAP, cuma mereka saja yang tak pernah ubah Presiden sejak dari mula ditubuhkan.

Tapi itu bukanlah satu masalah, asal saja ahli-ahli memberikan sokongan selaras dengan prinsip demokrasi.

Diakhirnya, tidak ada apalah yang menarik, cuma sejarah baru parti itu terlakar sajalah – bertukar Presiden buat pertama kali sejak penubuhannya hampir 20 tahun yang dulu.  Kira sekarang PKR adalah parti politik yang biasa, sama macam parti politik yang lain juga.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker