Keluarga Anwar restui Rafizi bertanding

Keberadaan anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dalam kem yang diketuai Rafizi Ramli, seakan memberi mesej bahawa keluarga Anwar memberi restu kepada Rafizi untuk bertan

Semalam, pengenalan ahli kem Rafizi itu seperti menceritakan segala-galanya mengenai ‘perang dingin’ dalam PKR terutamanya mengenai ‘orang dalam’ yang cuba melenyapkan pengaruh Anwar.

Rafizi akan bertanding jawatan Timbalan Presiden dan Nurul Izzah pula merebut jawatan Naib Presiden dengan hampir kesemua dalam kem tersebut terdiri daripada pemimpin PKR yang tidak mendapat tempat dalam Kabinet Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Antaranya ialah Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; Ahli Parlimen Selayang, William Leong; Ahli Parlimen Sungai Siput, S. Kesavan; Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir

Jika dinilai daripada apa diperkatakan Rafizi serta beberapa ahli kemnya, mereka kini berdepan satu blok lebih berkuasa dan seolah-olah meminggirkan Anwar dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selepas kejayaan parti memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Mengikut laporan media serta persepsi politik, satu lagi kem tersebut diketuai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang diangkat sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Pada bulan lalu, akhbar Si­ngapura, The Straits Times men­dakwa tindakan Dr. Mahathir melantik Mohamed Azmin adalah bagi mengimbangi pengaruh Anwar.

Walaupun sebahagian besar kem Rafizi berucap semalam berusaha untuk tidak cuba menyebut nama Mohamed Azmin, namun mesej diberikan amat jelas me­nge­nai siapakah ‘musuh’ yang bakal mereka hadapi.

Rafizi pernah mengkritik pe­lantikan ahli Kabinet kanan yang baginya dibuat tanpa penyertaan PKR dan kini menyaksikan Mohamed Azmin memegang portfolio penting, manakala Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang dikatakan berada dalam kem sama dengan Mohamed Azmin, dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Pensyarah Kanan Bahagian Politik dan Polisi Awam Sekolah Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Mazlan Ali berkata, ketiadaan Anwar selama ini telah membuka peluang kepada Mohamed Azmin menyerlah dan mencipta pengaruh di Sela­ngor iaitu kubu terkuat PKR.

Dalam ucapan Rafizi, beliau mengutarakan kebimbangan ter­­hadap perubahan sikap pe­mimpin PKR yang kini berpangkat dalam kerajaan yang dikhuatiri memulakan budaya feudal, ‘cium tangan’ serta memberi jawatan kepada penyokong masing-ma­sing.

Ketika ditanya pemberita, Johari yang turut merebut jawatan Naib Presiden mendesak Kerajaan Negeri Selangor serta PKR Selangor yang diketuai Mohamed Azmin selaku Pengerusi menjalankan siasatan terhadap dakwaan kononnya berlaku amalan nepotisme di negeri itu termasuk dalam soal pelantikan jawatan atau soal pemberian tender.

Nurul Izzah gigih menyelamatkan bapanya dan kerap mem­bela nasib Rafizi selepas bekas Ahli Parlimen Pandan itu dilihat tidak merasai nikmat kejayaan Pakatan Harapan memenangi PRU-14.

Rafizi menjelaskan sebab utama dirinya merebut jawatan Timbalan Presiden adalah untuk memastikan Anwar mempunyai sokongan daripada ahli parti yang jujur serta tidak bermuka-muka.

Beliau kini menjadi ‘ayam tambatan’ untuk menyelamatkan keluarga Anwar dalam PKR.

Utusan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker