Pelantikan lembaga pengarah Khazanah tidak seperti janji PH

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi memuat naik dalam akaun Twitter miliknya manifeso Pakatan Harapan (PH) berhubung pelantikan ahli lembaga pengarah ke dalam syarikat milik kerajaan (GLC) nasional.

Beliau secara sinis berkata, manifesto Pakatan Harapan bukanlah sebuah janji.

“Sebab itulah tidak perlu lantik lembaga pengarah Khazanah Nasional dalam kalangan profesional,” katanya menerusi akaun Twitter miliknya hari ini.

Manifesto berkenaan ada menyebut bahawa Pakatan Harapan akan memastikan pelantikan ahli lembaga pengarah ke dalam GLC nasional dan negeri adalah dari kalangan profesional dan bukan berdasarkan kaitan politik mereka.

Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan lima ahli lembaga pengarah Khazanah Nasional Berhad yang baharu, berkuat kuasa serta-merta.

Mereka termasuklah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai pengerusi dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai pengarah.

Tiga yang lain yang dilantik sebagai pengarah ialah Tan Sri Mohd. Hassan Marican, Dr. Sukhdave Singh dan Goh Ching Yin. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker