PAS kempen tolak Zawawi di Sungai Kandis, kata Nasruddin

PAS akan berkempen bagi memastikan Pakatan Harapan (PH) tewas dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Sungai Kandis, kata Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan.

Tanpa menamakan individu calon secara khusus, Nasruddin mengajak penyokong PAS di DUN Sungai Kandis menolak calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni yang juga merupakan seorang pengetua maahad tahfiz.

“Ini kenyataan sikap kita. Kita hendak beritahu jika PH boleh menang di Sungai Kandis, ia memberi isyarat umum bahawa janji yang dibuat sebelum pilihan raya umum lalu, yang tidak dapat ditunaikan boleh, diterima oleh pengundi dengan baik.

“Kita hendak PH kalah dalam PRK Sungai Kandis, ini adalah penyataan saya. Ada yang tidak setuju ke?” katanya sewaktu berucap di padang Kelab Sultan Sulaiman, hari ini.

Penegasan Nasruddin disambut sorakan kira-kira 3,000 peserta Himpunan Kebangkitan Ummah yang turut dihadiri calon BN dalam PRK Sungai Kandis, Lokman Noor Adam.
KUALA KUMPUR: PAS akan berkempen bagi memastikan Pakatan Harapan (PH) tewas dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Sungai Kandis, kata Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan.

Tanpa menamakan individu calon secara khusus, Nasruddin mengajak penyokong PAS di DUN Sungai Kandis menolak calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni yang juga merupakan seorang pengetua maahad tahfiz.

“Ini kenyataan sikap kita. Kita hendak beritahu jika PH boleh menang di Sungai Kandis, ia memberi isyarat umum bahawa janji yang dibuat sebelum pilihan raya umum lalu, yang tidak dapat ditunaikan boleh, diterima oleh pengundi dengan baik.

“Kita hendak PH kalah dalam PRK Sungai Kandis, ini adalah penyataan saya. Ada yang tidak setuju ke?” katanya sewaktu berucap di padang Kelab Sultan Sulaiman, hari ini.

Penegasan Nasruddin itu disambut dengan sorakan kira-kira 3,000 peserta yang hadir dalam Himpunan Kebangkitan Ummah yang diadakan dan turut dihadiri calon Barisan Nasional (BN) DUN Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam.

“Pengundi PAS di Sungai Kandis jadinya macam mana, kalau kita berkecuali, dia (PH) akan menang. Jadinya, takkan kita hendak kena ajar seperti ajar huruf ‘a,b,c’ kerana rakyat kini sudah cerdik,” katanya.

Sebelum itu, beberapa peserta himpunan melaungkan “kita undi Umno” disusuli sokongan penyokong lain. Nasruddin yang mendengar cadangan itu bagaimanapun hanya membiarkannya berlalu tanpa respons.

Terdahulu, Lokman dalam wawancara bersama FMT berkata, BN tidak dapat menang di PRK DUN Sungai Kandis tanpa sokongan dan bantuan daripada PAS.

Calon BN itu berkata, isyarat PAS yang bersetuju tidak meletakkan calon mereka di Sungai Kandis juga adalah petanda bahawa parti Islam itu istiqamah dalam mempertahankan agama Islam.

“Teman dari PAS sedar keadaan dalam negara. Mereka lebih istiqamah dalam bab mempertahankan Islam, jadi saya nampak, sebab itulah kali pertama mereka memberi laluan kepada kita menentang PH.

“Peluang itu cerah, namun apa yang perlu saya buat adalah dapatkan sokongan tambahan daripada teman dariada PAS, termasuk pertolongan rakan lama dari zaman Reformasi.

“Tidak boleh (menang tanpa mendapat sokongan daripada PAS), saya berani cakap kalau orang PAS tidak tolong saya, mustahil saya boleh menang, kerjasama ini sangat penting,” katanya dalam wawancara bersama FMT.

Terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Umno dan PAS merupakan “adik-beradik” kerana keputusan parti Islam itu memberi laluan kepada Umno bertanding menentang PH pada PRK kali ini.

Kerusi DUN Sungai Kandis kosong susulan penyandang kerusi berkenaan Mat Shuhaimi Shafiei daripada PKR meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.

Berdasarkan statistik pilihan raya umum lalu, daripada 50,800 pengundi secara keseluruhan, 72% merupakan pengundi Melayu, Cina (12%), India (16%).

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker